Jumaat, 24 Jun 2011

Pintu Syurga

Dengan namaNya, kita berserah diri memohon keampunanNya dan mengharap keberkatan dariNya.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. 
Dari seribu anak Adam lelaki dan wanita (manusia keseluruhannya) hanya 1 (satu) sahaja yang layak menjadi ahli Syurga sementara selebihnya 999 adalah Ahli Neraka. Siapakah mereka? Ingatlah hanya satu dari seribu, bilangan yang amat kecil. Ini sebagai panduan untuk kita mengenal diri sendiri sama ada  terdiri dari golongan 1 atau 999.

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” 

… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?”

Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu”
 (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Hadis ini mempunyai rahsia yang Rasulullah saw cuba sampaikan, Selama ini sukar untuk ditafsirkan secara telus dibimbangi salah tanggapan. Namun peristiwa demi peristiwa yang tejadi sejak kebelakangan ini mendorong kita untuk mengenal siapakah mereka, terutamanya Yakjuj dan Makjuj yang juga digambarkan sebagai ahli fasad iaitu pembuat kerosakan di muka bumi. Manusia dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.


1. Golongan Beriman (ahli syurga)
2. Yakjuj dan Makjuj (ahli neraka)


Yakjuj dan Makjuj? Ahli neraka itu ialah Yakjuj dan Makjuj? Masya-Allah, kita juga mungkin tergolong di kalangan makhluk perosak ini? Yakjuj dan Makjuj adalah mereka yang terpedaya dengan nafsu, menzalimi diri dan dunia keseluruhannya, melakukan fasad.  Itulah pesan Baginda Rasulullah saw. Untuk melepaskan diri dari kumpulan Yakjuj dan Makjuj, kita harus berusaha meningkatkan nafsu kita ke tahap yang diredhai Allah.

Hanya satu dari seribu. Mengapa begitu sukar anak Adam menjadi Ahli Syurga? Ia adalah disebabkan oleh nafsu manusia sendiri yang amat suka kepada kepalsuan berbanding kebenaran. Manusia yang dijamin ke Syurga ialah mereka yang sekurang-nya memiliki nafsu bertaraf MUTHMAINNAH. Iaitu nafsu yang sederhana tetapi dianggap terlemah dalam kelompok nafsu mulia dimiliki anak Adam. Hanya nafsu ini (muthmainnah) dan nafsu-nafsu yang lebih tinggi darjatnya sahaja yang diterima oleh Maha Pencipta. 

Itulah "Pintu Syurga" yang mampu dicapai oleh setiap insan dengan harapan meningkat lebih tinggi mencapai makam terpuji "Nafsu Radhiah, Mardhiah dan Kamaliah". Selain dari ini, anak Adam akan terjerumus ke dalam neraka yang amat dahsyat siksanya.

Nafsu yang tercela ialah nafsu "AMARAH" yang menjadi pakaian sebilangan besar anak Adam. Ia juga layak disebut sebagai nafsu haiwaniah, iaitu bersifat dengan sifat haiwan. Tiada kemuliaan bagi mereka yang mempunyai sifat sedemikian. Mereka bakal mendiami neraka. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari menjadi sebahagian dari mereka.

Nafsu Amarah, Lawamah dan Mulhimah adalah nafsu tahap rendah yang tidak ada jaminan Syurga.

Pembersihan nafsu perlu di lakukan berperingkat-peringkat dan sebaiknya dibimbing oleh MURSYID yang mengetahui rahsia zahir dan rahsia bathin. Sebelum itu kita mesti mengenali dan memahami bentuk dan tahap nafsu manusia ini.


NAFSU MANUSIA

Nafsu membawa pengertian kepada apa sahaja tabiat-tabiat atau kelakuan yang membabitkan perasaan marah, nafsu berahi dan syahwat dan semua sifat-sifat yang keji. Tetapi apabila nafsu -nafsu ini diasah dengan ibadah seperti zikir, maka dapatlah nafsu-nafsu ini berubah dari yang keji menjadi nafsu yang terpuji.

Adapun martabat-martabat nafsu manusia itu terbahagi kepada 7 martabat.

1. Nafsu Amarah.
-suka melakukan perbuatan yang keji dan hina dan tidak pernah terasa menyesal akan perbuatanya. Contohnya, dia tidak akan berasa kesal dan sedih bila meninggalkan solat. Inilah sehina-hina martabat nafsu dan tempatnya ialah neraka jahannam. Antara sifat orang yang memiliki nafsu ini ialah bakhil, sukakan dunia, panjang angan-angan, sombong dan bongkak, hasad dengki, inginkan keagungan, dendam, khianat, lalai kepada Allah dan mudah marah, takabbur, tamak, materialistik, sering mengikuti keinginan syahwat secara berlebihan.

Nafsu amarah ialah tahap nafsu yang paling rendah. Nafsu amarah cenderung mendorong manusia untuk melakukan perbuatan keji dan rendah. Keberadaan nafsu ini disebutkan dalam Surat Yusuf ayat 53. "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

2. Nafsu Lawamah.
Tahap yang lebih tinggi ialah nafsul lawwamah. Manusia yang memiliki nafsu ini sering mengkritik dan menyesali tindakan yang tidak patut yang dilakukannya atas dorongan nafsul lawwamah. Keberadaan nafsu ini disebutkan dalam Surat Al Qiyamah ayat 2. ...dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri)."

-ahli nafsu ini suka mengkritik diri sendiri atau mencela diri sendiri apabila melakukan kesalahan atau dosa. Nafsu ini lebih elok dari nafsu amarah tadi. Dia akan mencela diri sendiri kerana berbuat dosa dan salah. Namun nafsu ini tidak dijamin syurganya. Antara sifat-sifat nafsu ini ialah mencela diri sendiri, terdapat perasaan kecut hati bila melakukan kesalahan, ria', sifat-sifat keaipan hati, suka mendapat pijian, menyangkakan dirinya lebih baik dan bertabiat berfikir (bertafakur). Pada tahap ini seseorang akan menyesali perbuatan buruknya, dia sering merenung dan mengkritik semua perbuatannya yang lepas. Setelah itu dia berusaha agar perbuatan buruk yang telah dilakukan tidak berulang kembali.

3. Nafsu Mulhimah.
Tahap nafsu yang ketiga adalah nafsu mulhammah. Kedudukannya didalam Al-Qur'an ada disebutkan dalam Surat Asy Syam ayat 7-10 "...dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu ,dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.."

-tatkala nafsu amarah dan lawamah tadi dapat dileburkan, maka berpindah pula kepada nafsu yang lebih tinggi dipanggil mulhimah. Di mana terkikis segala prasangka kotor yang datang dari syaitan dan diganti dengan malaikat atau Allah iaitu "ilham". Antara sifat nafsu ini ialah tidak sayangkan harta, berilmu laduni, sentiasa berasa cukup, timbul perasaan merendah diri pada Allah, taubat yang benar, sabar yang hakki, tahan menanggung kesusahan dan macm2 lagi sifat terpuji. Namun begitu, peringkat nafsu ini masih belum dijamin syurganya kerana ia masih berada diawangan yang mana boleh berubah bila-bila masa sahaja. Jika tidak diasah dengan betul, ia akan lenyap.

Orang yang telah mencapai tahap ini mampu mengendalikan dirinya dari mengikuti keinginan nafsu yang rendah. Ia dapat membezakan yang hak dan yang batil. Ia selalu menjaga dirinya dari melakukan perbuatan tercela dan selalu berusaha untuk meningkatkan iman dan taqwanya. Berusaha mengerjakan amal soleh sebanyak-banyaknya.

4. Nafsu Muthmainnah.
Tahap nafsu yang kempat ialah nafsu muthmainnah. Kedudukan nafsu ini didalam Qur'an disebutkan dalam Surat Al fajr 27-31. "Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku."

-ahli nafsu ini adalah terpuji dan termasuk dikalangan wali kecil. Ahli nafsu ini dijamin syurganya. Biasanya ahli-ahli ini mempunyai keramat kecil seperti mengetahui hal-hal loh mahfuz dan mendapat ilmu secara ilham dari Allah. Dan tidak semestinya keramahnya dapat dilihat dengan zahir. Dan ahli nafsu ini doanya bersih dan makbul. Antara sifat ahli nafsu ini ialah, bermurah hati, tawakal yang benar, kuat beribadat, arif dan bijaksana, syukur yang benar, redha, taqwa, dan lain2 lagi sifat terpuji.

Orang yang telah mencapai tahap nafsu ini, jiwanya akan jadi tenang, penuh rasa tawakkal, reda dengan semua ketetapan Allah, tidak disentuh rasa terlalu berduka, sedih dan cemas.

5. Nafsu Radhiah.
-ahli ini memang dah ternyata menjadi wali Allah yang mulia. Ahli nafsu ini bertabiat luar biasa. Ia tidak takut akan bala Allah. Ia tidak memikirkan dosa dan pahala melainkan keredhaan Allah sahaja yang dinginkan. Duka dan gembira sama bagi mereka. Apa yang mereka katakan dianggap keramah. Seperti halnya Syeikh Abdul Qadir Jailani dimana tatkala setelah habis makan, dia menyeru kembali kepada segala tulang2 ikan yang dimakannya agar hidup kembali. Maka ianya hidup kembali. Begitulah keramahnya manusia yang mempunyai martabat nafsu ini.

Orang yang mencapai tingkat ini selalu berasa puas dengan apa yang diterimanya daripada Allah. Bagi mereka kejadian baik mahupun buruk yang menimpa, sama sahaja. Hatinya tidak terpengaruh oleh kehidupan dunia. Mereka selalu kembali kepada Allah dan redha dengan setiap keputusan-Nya.

6. Nafsu Mardhiah
Tahap ini lebih tinggi daripada nafsu radhiah. Ia adalah orang yang sangat dekat dan dicintai Allah. Merekalah yang dimaksud oleh salah satu hadis Qudsi yang bermaksud:
“SENANTIASA HAMBAKU MENDEKATKAN DIRI KEPADAKU DENGAN MENGERJAKAN IBADAH IBADAH SUNAH HINGGA AKU CINTA PADANYA. MAKA APBILA AKU TELAH MENCINTAINYA, JADILAH AKU PENDENGARANNYA YANG DENGANNYA IA MENDENGAR, PENGLIHATANNYA YANG DENGANNYA IA MELIHAT, PERKATAANNYA YANG DENGANNYA IA BERKATA KATA, JADILAH AKU TANGANNYA YANG DENGANNYA IA BERBUAT, JADILAH AKU KAKINYA YANG DENGANNYA IA MELANGKAH, DAN AKALNYA YANG DENGANNYA IA BERFIKIR.”
Semua langkah dan perbuatannya dilakukan atas bimbingan dan petunjuk Allah, seperti apa yang telah dilakukan Nabi Khidir dan tidak difahami oleh Nabi Musa. Dia tidak bertindak dengan kemahuannya sendiri, melainkan dengan bimbingan dan kehendak Allah.

Ahli nafsu ini segala percakapan dan bicara mereka diredhai Allah. Jadi segala hal dari mereka mereka, air liur mereka, penglihatan mereka, pendengaran mereka, pergerakan mereka, dan seterusnya diredhai Allah. Seperti halnya Junaid, syekh Abdul Qadir Jailani dan ramai lagi.

7. Nafsu Kamil atau Kamaliah.
-makam nafsu yang tertinggi sekali. Mereka ini hidupnya di dunia ini dengan jasadnya bergaul dengan orang ramai, namun jiwa, ruh dan batinnya tetap dengan Allah semata2. Mereka ini sentiasa berada di dalam fana kepada Allah.

Nafsu ini adalah tahap nafsu para Nabi dan Rasul, manusia suci dan sempurna, wali2 besar, yang selalu berada dalam pengawasan dan bimbinganNya. Terpelihara dari perbuatan yang tercela.


Perjalanan Peningkatan Nafsu

Untuk meraih tahap nafsu dari peringkat rendah sampai yang tinggi seperti tersebut di atas memerlukan perjuangan yang gigih dan istiqamah. Tidak mudah dicapai dengan senang tanpa usaha ydan pengorbanan. Untuk naik dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi lazimnya memerlukan waktu yang cukup lama sampai bertahun tahun lamanya. Tidak mustahil pula mendapatkannya dengan cepat jika dikehendaki Allah swt, Tuhan yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Insya Allah dengan hati yang bersih dan jernih kita boleh meraih kemenangan di dunia dan di akhirat. Insya Allah kita dapat menjalani hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat, tidak ditimpa kesedihan dan duka yang berlarutan. Semoga kelak ditempatkan Allah di taman syurga yang abadi dan hidup kekal selamanya disana.

Maka, mungkin mustahil untuk kita menjangkau ke taraf nafsu mardhiah, radhiah dan kamaliah. Namun tidak mustahil jika Allah menghendakinya. Buat peringkat hamba memadailah berusaha menuju tahap Muthmainnah kerana kita ada peluang untuk mencapainyanya melalui usaha mujahadah yang penuh kesungguhan disamping mengharap redhaNya.

Cukuplah sekadar kita mencapai makam nafsu Muthmainnah jika nafsu yang tiga lagi terasa berat untuk dicapai kerana nafsu muthmainnah adalah selemah-lemah nafsu yang terpuji tetapi dijamin syurganya berbanding lawamah, amarah dan mulhimah yang tidak dijamin syurganya.








HAWA NAFSU MANUSIA
Oleh: Isa Ansori

Allah SWT. menciptakan manusia sebagai khalifah yang menguasai dan mendayagunakan bumi dan alam sekitarnya untuk kesejahteraan manusia.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (Al-Baqarah: 30)

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”. (Al-Baqarah: 29)

Kesemuanya itu dalam rangka ikhlas beribadah mengabdi kepada-Nya.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”. (Adzariyat: 56)

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

“Mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”. (Al-Bayyinah: 5).

Agar misi sebagai khalifah dapat berjalan, Allah memberi nafsu pada diri manusia sebagai sumber pendorong perubahan dan perkembangan selama manusia masih hidup. Pada nafsu itu diberi ilham tentang manakah keinginan-keinginan baik yang dibenarkan dan diridhai oleh Allah SWT. sehingga setiap proses mewujudkan keinginan-keinginan itu dapat bernilai ibadah dan mengabdi kepada Allah SWT. Serta manakah keinginan-keinginan buruk yang apabila diperturutkan maka proses mewujudkannya adalah maksiat kepada Allah SWT. Firman Allah:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا. قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا. وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

“dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”. (As-Syams: 7-10).

Selain nafsu, Allah SWT. juga menciptakan akal pikiran pada diri manusia, yang berfungsi sebagai pembantu nafsu dalam mempertimbangkan suatu keinginan, apakah mungkin atau tidak mungkin, logis atau tidak logis, bermanfaat atau tidak bermanfaat, baik atau buruk, diridhoi Allah atau dimurkai, dan seterusnya sekaligus mencarikan alternatif cara dan proses apabila ia diwujudkan. Dan sebagai standar penilaian itu adalah Al-Qur’an, wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ

“Allah menganugerahkan al hikmah (kepahaman yang dalam tentang Al Qur’an dan As Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)”. (Al-Baqarah: 269)

Hawa nafsu sebagai sumber dan pendorong segala keinginan pada diri manusia, dalam proses memunculkan suatu keinginan dan usaha untuk mewujudkannya, ada yang mendapat rahmat Allah sehingga mengikuti ilham dari Allah untuk selalu bertaqwa kepada-Nya. Ia bersedia dengan ikhlas mengikuti jalan Allah yang lurus, dan tidak berani untuk mendustai-Nya. Ia merasa aman dan tentram selalu berada dalam keridhaan-Nya dan menolak untuk bermaksiat kepada-Nya. Inilah nafsu yang disebut dengan “Nafsu Mutmainnah” yang akan dipanggil oleh Allah untuk menghadap dan bersemayam dengan tentram di sisi-Nya, seperti dalam firman Allah:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ. ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً. فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku”. (Al-Fajr: 27-30)

Namun ada pula yang sebaliknya. Nafsu yang merasa puas dan tentram jika bermaksiat kepada Allah, menolak dengan keras segala seruan untuk mengabdi kepada Allah. Ia lebih suka mengikuti seruan syaithan. Ini seperti pada saat iblis raja syaithan menolak perintah Allah untuk bersujud kepada Adam. Iblis saat itu mengikuti hawa nafsu sombongnya yang menganggap bahwa dia lebih mulia dari pada Adam sebaba ia diciptakan oleh Allah dari api sedangkan Adam dari tanah. Firman Allah:

وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُواْ لِآدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ. قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَاْ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis: “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. (Al-A’raf: 11-12).

Hawa nafsu yang senang bermaksiat dan mendurhakai Allah ini disebut dengan “Nafsu Amarah bi Su’” (Nafsu yang menyuruh kepada kejelekan), sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi Yusuf dalam firman Allah:

وَمَا أُبَرِّىءُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Yusuf: 53)

Kemudian, nafsu itu juga mempunyai sifat tidak pernah puas terhadap segala keinginan yang telah terwujud atau dalam proses perwujudannya. Jika nafsu mendorong untuk berbuat suatu kebajikan lalu berhasil mewujudkannya, maka ia akan menyesal mengapa tidak lebih banyak lagi kebajikan dapat ia wujudkan. Dalam posisi ini, sifat nafsu ini adalah baik dan mulia. Namun jika sebaliknya, nafsu amarah bi su’ yang mendorong kepada kejelekan dan berhasil mewujudkannya, maka ia pun tidak merasa puas, bahkan menyesali mengapa tidak lebih banyak lagi kemaksiatan ia wujudkan sehingga tercapai kepuasan, meskipun pada hakekatnya kepuasan yang ia kehendaki tidak mungkin akan tercapai. Rasulullah SAW. bersabda:

لوكان لإبن أدم واد من مال لابتغى اليه ثانيا ولو كان له واديان لابتغى لهما ثالثا ولايملأ جوف ابن أدم الا الترب ويتوب الله من تاب.

“Andaikata anak Adam memiliki satu lembah berisi harta pasti dia berharap untuk mendapatkan lembah yang kedua. Dan seandainya ia telah memiliki dua lembah berisi harta, pastilah dia berharap lembah yang ke tiga. Tidak ada yang dapat memenuhi keinginan perut anak Adam kecuali tanah (mati dikubur). Allah menerima taubat setiap orang yang bertaubat kepada-Nya”. (HR: Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi).

Sifat nafsu ini disebut dengan “Nafsu Lawwamah”, sebagaimana firman Allah:

وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ

“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri)”. (Al-Qiyamah: 2)

Dalam penyesalan karena ketidak puasannya, nafsu lawwamah yang mengikuti nafsu amarah bi su’ berkeluh kesah seperti dalam Firman Allah:

إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا. إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا. وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,

فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ. وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezkinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr: 15-16)

Inilah sekelumit hawa nafsu manusia. Hawa nafsu ini bersemayam dalam hati. Hati bukan dalam arti fisik berupa segumpal daging dalam tubuh yang terletak di dada kiri, tapi hati dalam arti yang lebih lembut dan abstrak yang disebut oleh Allah dan Rasulullah sebagai pusat pengendali baik dan buruk amal manusia. (Sekelumit tentang hati kami tulis di bawah. Insha Allah bahasan lebih lanjut pada tulisan lain).

Di dalam hati, hawa nafsu mutmainnah dan amarah bi su’ saling berebut pengaruh untuk menjadi sumber pendorong dalam setiap keinginan yang akan diwujudkan oleh manusia. Seluruh panca indera dan anggauta badan yang lain adalah sumber informasi untuk terwujudnya suatu kegiatan sekaligus sebagai pelaksana dalam mewujudkan keinginan itu.

Allah Maha Mengetahui, oleh sebab seluruh panca indera dan anggauta badan adalah sumber informasi dan sekaligus pelaksana hawa nafsu, maka Allah menurunkan tata aturan bagaimana mendayagunakan seluruh panca indera dan anggauta badan yang benar dan diridhai-Nya sehingga setiap perbuatan yang dihasilkan maka akan bernilai ibadah kepada-Nya.

Manusia dihiasi syahwat cinta kepada wanita, anak-anak, dan harta benda dunia lainnya, sehingga seluruh panca indera dan anggauta badan lainnya pun bekerja memberikan informasi kepada hati tentang apa yang ia lihat dan ingin rasakan, dan Allah pun menunjukkan bagaimana syahwat cinta kepada semuanya itu dimulai dari proses pemberian informasi sampai proses perwujudan kenikmatan dapat bernilai ibadah kepada-Nya.

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan syahwat kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. (Ali-Imron: 14)

Sedikit contoh kami berikan, ketika mata seorang lelaki jatuh menatap wanita cantik di hadapannya, informasi ini dikirim ke dalam hati, lalu hiasan syahwat cinta kepada wanita yang diberikan Allah kepada manusia mendorong hawa nafsu merespon dengan beragam keinginan. Lalu Allah memberikan bimbingan kepada nafsu seperti dalam hadis Rasul SAW. bahwa: Pandangan pertama kepada segala sesuatu adalah memang pekerjaan mata, akan tetapi pandangan berikutnya adalah respon nafsu terhadap apa yang ia lihat, maka berhati-hatilah, kalau nafsu amarah bi su’ yang menguasai, maka pandangan yang berikutnya itu akan dikenai hisab oleh Allah. Dan Allah-pun mengajarkan bagaimana memandang yang dibenarkan, ialah pandangan ketika berta’aruf dan meminang untuk dijadikan isteri sah dalam rangka beribadah kepada-Nya saja yang dibenarkan.

Untuk ini Rasulullah SAW. bersabda:

قال رسول الله صلىالله عليه وسلم: لا يؤمن أحدكم جتى يكون هواه تبعا لما جئت به.

Rasulullah SAW. bersabda: “Tidak beriman salah seorang diantara kamu sehingga hawa nafsunya mengikuti ajaran yang aku bawa” .

Rasulullah SAW. Juga memberi petunjuk kepada hati ketika nafsu mutmainnah dan amarah bi su’ saling berebut pengaruh:

عن وابصة بن معبد رضىالله عنه قال أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال جئت تسأل عن البر؟. قلت نعم. قال استفت قلبك البر مااطمأنت اليه النفس واطمأن إليه القلب. والإثم ماحاك فى النفس وتردد فى الصدر وإن افتاك الناس وأفتوك

“Wabishah bin Ma’bad r.a berkata: Aku mendatangi Rasulullah SAW, lalau beliau bertanya: “Engkau datang hendak menanyakan tentang kebaikan?”. Aku menjawab: “Ya!”. Nabi bersabda: “Mintalah fatwa pada hatimu. Kebaikan adalah apa-apa yang jiwa/nafsu dan hatimu merasa aman dan tentram. Sedangkan dosa adalah apa-apa yang menimbulkan keraguan dalam jiwa/nafsu dan hatimu meski kau meminta pendapat atau diberi pendapat oleh orang lain”. (HR. Ahmad bin Hambal dan Ad-Darimi)

Tulisan ini masih ada kaitannya dengan tulisan kami sebelumnya. Silakan baca kembali tulisan kami yang berjudul: “Muhammad Diutus Untuk Menyempurnakan Akhlak Mulia”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan