Isnin, 20 Jun 2011

Keunikan Tenaga Dalaman

Tenaga (energy) Dalaman Dari sudut sains


Tenaga Dalaman ialah tenaga berasal dari dalam tubuh yang setelah diproses dengan beberapa teknik, tenaga dalaman seseorang itu akan muncul dan dipindah keluar. Semua orang mempunyai tenaga dalaman tetapi mereka tidak mengendahkan kelebihannya.

Apakah tenaga yang keluar dari tubuh kita? 

Mengenai hal ini, mari kita lihat alam sekeliling kita. Semua benda hidup mempunyai medan elektromagnet dan begitu jugalah struktur benda. Dunia Sains barat sukar untuk mengakui kewujudan teori 'dimensi' kerana ia bukan benda yang boleh ditimbang atau disukat. Walaubagaimanapun, tubuh manusia adalah yang pertama menghasilkan medan tenaga dan kita mempunyai bukti untuk menyokong perkara ini, seperti haba yang boleh menyerap/menyebar dan boleh diukur dengan termometer. Jantung kita memberi respon kepada tenaga elektrik dan diukur dengan elektrocardiograms. Sekarang, para saintismula bersetuju dan mengakui bahawa elektrik, magnetisma, haba, bunyi dan cahaya membentuk medan tenaga sekeliling tubuh fizikal kita. Jadi manusia lebih dari sekadar tubuh sahaja. Ianya adalah kuasa elektromagnetik yang dinamik bersama dengan aura.

Tenaga Dalam - teori dan praktikal

Manusia yang di gelar sbg 'ahsani taqwiim' - sebaik-baik kejadian - menyimpan jutaan misteri yg terpendam...masih banyak potensi-potensi yang sangat hebat di dalam diri kita yang belum di teroka sepenuhnya..Penerokaan potensi-potensi inilah yang akan membawa diri manusia itu menjadi insan kamil, great man yg mampu melukis sejarah agung dalam tamadun manusia.

salah satu potensi terpendam itu adalh Tenaga Dalam/Inner Power...

Apa itu TD?

Tubuh kita terbahagi kepada 2 bahagian besar...iaitu tubuh fizikal, dan tubuh bioplasmik/tubuh eterik atau lebih senang di kenali sebagai tubuh aura yg memancar mengelilingi tubuh fizikal...kalau tenaga luar adalah kekuatan tulang-tulang dan otot untuk melakukan kerja-lerja fizikal... maka tenaga dalam pula kelihatan sebagai aliran gelombang tenaga yang mengalir melalui salurannya yang di panggil meridian.... gelombang tenaga ini terhasil daripada metabolisme sel-sel (penghasilan ATP oleh sub-sel metocondrion), melalui pernafasan kita....tenaga dalam murni di olah atau di latih melalui ritma pernafasan tertentu,yg disertai dgn gerakan2 tertentu (jurus) dan konsentrasi fikiran....tenaga dlm yg terhasil di simpan di pusat getarnya...di bawah pusat, atas pusat, atau dada...masing-masing perguruan berbeza pendapat tentang pusat getaran tenaga dalam masing-masing.. Pusat getar tenaga inilah menjadi stor tenaga dalam, yg boleh di pakai bila-bila masa yang diperlukan... Semakin sering ia di latih,maka semakin besarlah kapasiti tenaga tersebut.. Semakin cerah aura, dan semakin sihat zahir dan batin...

Mary Coddington, seorang pengarang buku In Search of the Healing Energy, mengemukakan ciri tenaga dalam sebagai berikut : 

Mampu menyembuhkan.
Menembus apa saja.
Menyertai sinar matahari.
Mempunyai sifat yang mirip dengan energi lain, tapi merupakan daya lain bagi dirinya sendiri.
Bermuatan dan dapat dipantulkan oleh cermin.
Dikeluarkan oleh tubuh manusia dan dapat dikesan, khasnya dengan hujung jari atau mata.
Dapat dialirkan melalui media tertentu, seperti besi dan benang sutera.
Dapat disimpan dalam benda mati seperti air dan batu.
Beradaptasi dalam perubahan cuaca.
Dapat dikendalikan oleh fikiran.
Mampu mempengaruhi secara jarak jauh dan menghasilkan berbagai fenomena paranormal.
Dapat digunakan untuk tujuan yang baik atau buruk.

Selain itu menurut beberapa guru besar perguruan "tenaga dalam" di Indonesia tenaga dapat digunakan untuk :

Pertahanan diri
Meningkatkan kesihatan
Rawatan alternatif diri sendiri dan orang lain
Meditasi
Mengesan kekuatan (getaran) jarak dekat dan jauh.
Mengirim kekuatan (Transfer Power) jarak dekat dan jauh
Membuat diri kebal akan pukulan dan senjata tajam
Pemecahan benda-benda keras
Menyerang dan bertahan dengan menggunakan tenaga dalam
dan banyak lagi

Satu perkara penting yang sangat perlu untuk kita selesaikan iaitu sikap pesimistik kita dalam mendalami ilmu-ilmu metafizik ini.  Setiap kali kita berbahas tentang ilmu-ilmu metafizik/ghaib,maka akan timbul persoalan yang berkaitan dengan agama. Berbagai andaian akan timbul dan berbagai pertanyaan muncul samaada ianya bersalahan atau tidak dengan hukum agama. Adakah ia tergolong dalam shihir? Persoalan demi persoalan timbul dan yang paling ditakuti ialah sama ada ia akan membawa kepada sesat dan syirik.

Metafizik adalah salah satu cabang ilmu sains...sama dengan fizik, bio, maths, chemistry dan sebagainya.... kalau tidak salah belajar bio, maka tidak salah juga belajar metafizik.. kerana ia juga ilmu sains

Apapun yang kita pelajari akan jadi salah kalau ia memesong tauhid. Contohnya Charles Darwin yang mempelopori teori evolusi, menemui keajaiban biology, tapi mengenepikan aspek ketuhanan, bukan salah ilmu biologi, tapi yang salah  ialah pemikiran orang yang menolak kuasa Tuhan.

Seperti ilmu bersifat universal, tingggal kita yang mencorakkannya sama ada untuk jadi hitam atau putih....

Mengaktifkan Tenaga Dalam

Pertama sekali kita perlu SEDAR bahawa diri kita terdiri dart 3 aspek utama

1..fizikal
2..mental
3..spiritual

Ini cukup penting sebab TD yang sempurna di bina melalui penggabungan 3 aspek ini dan untukk menjadi manusia yang sempurna perlu mendaya gunakan secara optimum seluruh potensi 3 aspek diri ini, Jadi pandang ke dalm diri dan sedarlah tentang hal ini.

Fizikal di latih dengan jurus/move tertentu
Mental di latih dengan teknik konsentrasi pernafasan tertentu
Spiritual di latih dengan zikir tertentu

Setiap perguruan TD memunyai teknik tersendiri dalam melatih ketiga-tiga elemen ini bagi membangkitkan TENAGA DALAMAN

kredit for paranorm

Dalam bidang kerohanian Islam ia telah lama terbukti bahawa tenaga dalaman ini memang wujud dan ia dikaitkakan pula dengan latihan kesufian yang bersungguh-sungguh. Pihak barat yang hanya bergantung kepada bukti fizikal semata-mata sebab itu mengalami kepayahan menilai sesuatu perkara yang ghaib. Umat Islam sebenarnya amat beruntung kerana sudah sedia ada pembelajaran untuk meneroka bidang ini, namun selepas terpengaruh dengan sains moden barat yang menolak sesuatu yang berbentuk super natural, akhirnya orang Islam mengabaikannya.

Sebenarnya Ilmu Metafizik adalah Ilmu Islam dan diterokai oleh ahli sufi Islam sejak berabad dahulu. Salah seorang tokoh terkemuka yang mendapat pengiktirafan barat ialah Ibnu Arabi. Pihak barat menceduk ilmu Islam ini dan melabelkannya semula sebagai ciptaan mereka.

Ilmu kerohanian Islam jauh lebih hebat dari apa yang dicapai oleh ahli sains barat. Itulah ilmu para Wali Allah yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana ilmu barat.

Imam Syafi’i menegaskan, “Milikilah kepandaian berbicara dengan banyak berdiam, dan milikilah kepandaian dalam mengambil keputusan dengan berfikir.” (Mau’idhatul Mu’minin)

Abu Darda’ seorang sahabat yang terkenal pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, dia menjawab, “Tafakur.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” Riwayat ad-Dailani

Rasulullah saw. pernah bersabda, “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah.” (HR Abu Nu’aim)

Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang kejadian diri mereka. Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan. dan Sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)

Itulah antara Intisari Islam yang amat jelas dalam mengaitkan hakikat Tenaga Dalam setiap insan yang memang telah tersedia untuk diterokai. Latihan yang baik menghasilkan sesuatu yang baik begitu juga sebaliknya.

Kini terdapat maklumat bahawa Zionis berusaha mendapatkan ilmu super natural melalui syihir Kabbalah nya dan mereka cuba menyaingi kesufian Islam. Malangnya Islam telah meminggirkan harta teragung milik mereka. Kenapa ianya terjadi? SEBABNYA BERPUNCA DARI GERAKAN ZIONIS INI SENDIRI.

Mereka telah mengaturkan gerakan untuk menghilangkan Ilmu Sufi dari hati kaum Muslimin dengan bantuan Eropah. Negara-negara Islam dijajah dan dipaksakan sistem pembelajaran mengikut format Barat. Sedikit demi sedikit sistem pembelajaran tradisional terpinggir dan di labelkan pula sebagai ketinggalan zaman.

Kini ramai orang Islam  yang sudah tidak tahu ilmu nenek moyang mereka yang amat hebat satu masa dahulu. Sudah tidak kenal apa itu tasawwuf dan jika tahu pun sekadar pengetahjuan asas sahaja. Tanpa tasawwuf, akhlak manusia akan cepat menjadi rosak seterusnya diisikan pula dengan budaya kuning dari Barat.

Pengagungan ilmu teknologi dan pembangunan fizikal juga memberi sumbangan yang besar, menyebabkan kecederaan ini semakin parah, umat Islam semakin terpinggir jauh dari Ibu Segala Ilmu iaitu ilmu terus dari Allah (Laduni).

Wallahu a'lam.

59 ulasan:

  1. buat masa ini sukar mencari org yang betul2 mahir dlm tenaga dalaman,tidak dinafikan mmg ada buku yg mengajar teknik ini tapi ianya perlu pengawasan pakar sbb kalau teknik pernafasan ini salah buat kemungkinan boleh memudaratkan kesihatan.Lagi satu yg jadi masalah adalah fahaman masyarakat skrg tentang tenaga dalaman,mereka mereka menganggap seni ini sebagai khurafat dan sebagainya.Sbb ada pihak yg suka mencampur adukkan seni ini dgn benda2 syirik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..Memang sukar dicari tetapi di kepulauan Nusanatara ini masih ia ada..Bacalah Al-Quran dengan penuh yakin dan niatkan baca itu untuk mendapat Nur Muhammad..,tetapi kena bersungguh-sungguh dan Insyallah akan berjumpa dengan guru yang bersanad yang betul dengan ahlul-bait..wassalam

      Padam
    2. Wassalam... pengalaman ambe dgn nur muhammad... pernah satu malam ambe bermimpi didatangi setan betina berdarah satu badan atas katil sambil memyiruh ambe dekat padanya dgn tiba2 tangan kanan ambe mengeluarkan cahaya ijau yang amat terang sambil membakar setan betina td... dan tetiba ada satu suara menyebut nur muhammad... slps sedar ambe bersyukur pada ALLAH SWT sbb menjaga hambeNYA... tidak lama lepas tue ada seorang sahabat perasan urat2 di tangan menampakan kalimah ALLAH SWT...

      Padam
    3. Wassalam... pengalaman ambe dgn nur muhammad... pernah satu malam ambe bermimpi didatangi setan betina berdarah satu badan atas katil sambil memyiruh ambe dekat padanya dgn tiba2 tangan kanan ambe mengeluarkan cahaya ijau yang amat terang sambil membakar setan betina td... dan tetiba ada satu suara menyebut nur muhammad... slps sedar ambe bersyukur pada ALLAH SWT sbb menjaga hambeNYA... tidak lama lepas tue ada seorang sahabat perasan urat2 di tangan menampakan kalimah ALLAH SWT...

      Padam
  2. Umat Islam tidak perlu pergi mencari di luar. kita sendiri sememangnya ada kelebihan ini malah jauh lebih baik dari mereka. Ilmu Sufi mengajar satu kaedah yang lebih berkesan, malangnya ramai yang tersalah anggap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sdra SENSE...Saya setuju dgn pandangan tuan bahawa Ilmu Sufi mengajar kaedah ttg Tenaga Dalaman ini dan KAEDAH yg disyorkan Oleh Baginda Rasul ialah Tafakur..cuba tuan kaji dan dalami KAEDAh TAFAKUR - GERAK Bapak Dr Bagindo Muchtar...Gerak ABADI - SEJATI - PERJALANAN CAHAYA NURILAHI...

      Padam
  3. salam..
    Sy menyedari tentang kemampuan yg Allah kurniakan pd manusia ini setelah sy menganjak ke umur 36 tahun..
    Ibubapa sy menyimpan kisah persoanaliti sy yg sedikit berbeda dgn anak2 kecil yg lain dan semua ciri2 itu dirungkai setelah sy memperoleh kurniaan dari Allah ini..
    Mungkin ianya sudah lama tersimpan ttp baru kini sy menyedarinya..
    Antara kemampuan yg sy maksudkan ialah sy kini memiliki deria utk mengesan entiti ghaib disekeliling sy..
    Ia datang secara spontan dimana akan ada respon dikepala sy apabila sy berada ditempat2 tertentu..
    Ketika kesedaran agama berputik dlm diri sy,sy kembali menjaga solat 5 waktu dan kembali mempelajari Al-Quran dgn hukum Tajwid yg betul..
    Dlm period inilah kemampuan yg sy maksudkan itu menampakkan tanda2 penonjolannya..
    Kemampuan sy ini dikesan oleh seorang Ustaz dimana beliau adalah seorang guru Tafsir Al-Quran dan melibatkan diri dlm perubatan Islam..
    Pd mulanya sy hanya ingin bertanyakan kemusykilan sy tentang amalan kebatinan dlm seni silat yg sy pernah pelajari belasan tahun dahulu..
    Apabila Ustaz itu scan sy,beliau mendapati bahawa tubuh sy telah dimasuki jin dan katanya sy telah keluar masuk kealamnya melalui mimpi2 yg sy alami..
    Kemudian sy diajarkan zikirullah utk melihat dgn mata hati sy..
    Zikir itu adalah sebagai kata kunci ttp yg pentingnya adalah kemampuan makrifah dan menukarkan gelombang zikir itu kpd tenaga yg sy kehendaki..
    Lalu sy berhajat dan memohon kpd Allah agar terbuka hijab sy krn sy ingin melihat sendiri akan rupa bentuk jin itu..
    Dgn izin Allah,melalui pandangan mata hati,sy dpt melihat keberadaan jin2 didalam tubuh sy ini..
    Ketika inilah baru sy menyedari bahawa rahsia tentang kemampuan yg Allah berikan kpd manusia ini terungkai dimana sy mendapati bahawa gelombang2 zikir ini boleh ditukar kpd tenaga kinetik dalaman yg sgt besar skalanya..
    Dialam makrifah,zikir2 yg sy bckan itu bertukar menjadi senjata2 yg kita hajatkan dan juga boleh menghasilkan fenomena alam yg boleh mempengaruhi alam jin itu..
    Sy mendapati jin2 itu kelam kabut ditimpa ribut,panahan petir,kobaran api,pancaran laser dan berbagai-bagai bentuk serangan semasa bacaan zikrullah itu sy tingkatkan tahap penumpuannya..
    Akhirnya setelah dua setengah jam,jin2 itu dpt dikeluarkan dgn izin Allah dan dikurung..
    Kemudian sy melakukan solat sunat dan melakukan sujud syukur..
    Seminggu selepas itu,sy dipanggil oleh ustaz berkenaan utk membantunya merawat seorang sahabatnya yg menderita akibat telah disihir..
    Dgn izin Allah,sihir yg dikenakan keatasnya dpt dibatalkan dan jin yg memasuki tubuhnya dpt keluarkan..
    Semenjak dari saat itu sy melibatkan diri utk merawat gangguan sihir secara sambilan krn sy mempunyai pekerjaan tetap..
    Satu lg kemampuan yg Allah beri adalah sy mampu melakukan rawatan dari jarak jauh dimana pesakit akan diajarkan zikir2 pilihan dan sy akan merawatnya dari jauh setelah beberapa hari zikir2 itu pesakit amalkan..
    tentang personaliti sy yg lain dari kanak2 lain,ibu sy mengatakan ketika sy berumar dua tahun setengah,sy mempunyai tabiat suka mendongak ke langit ketika berjalan dan akan menangis seperti dlm kesedihan apabila mendengar azan berkumandang..
    Ketika ini tabiat itu kembali menjadi tabiat sy dimana sy suka merenung kpd langit dan terkadang airmata sy mengalir krn merasakan kebesaran Allah dan apabila sy mendengar azan,hati sy akan tersentuh dgn makna2 lafaz Azan itu lalu hati sy akan sebak dan mengalirkan air mata...
    Tabiat melihat langit itu pd sy adalah melihat patanda2 yg Allah beri kpd dunia..
    Sy mengatakan demikian adalah kerana,apabila sy menangkap gambar2 pergerakan awan dilangit,akan tertera satu dua imej pegun yg menggerunkan seolah-olah menggambarkan bahawa dunia ini dikuasai oleh kejahatan..
    Wallahualam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sdra Tanpa Nama. Umumnya sdra adalah manusia ABNORMAL yg disebut sebagai INDIGO atas kehendakNya jua. Syukurlah..cuba kaji daripada manakah datangnya ABNORMALITY itu. Saya berpandangan ianya adalah Kesan Kesan SIFAT MAKNAWIAH..dimana pada manusia biasa KEKUATAn "AKU " atau DIRI RAHSIA atau RUH-AL-QUDSI itu dibalut oleh Allah dengan Balutan Balutan CAHAYA mengikut Alam Alam PENTAJALLIAN..

      Barangkali dalam kes sdra..tiada balutan atau kurang lapisan lapisan balutan cahaya itu.

      Fokuslah kepada apa yg sdra mahukan..termasuk Urusan Mencari Rezeki. Allah Maha Kaya....Sdra pun boleh juga jadi kaya raya..tiada yang mustahil bagiNYA.

      Padam
  4. Allahu akbar, sangat beruntung saudara mendapat peliharaan Allah swt. Saya terasa sesuatu yang memancar diseluruh tubuh saya semasa dan setelah selesai membaca tulisan saudara. Saya pasti dan yakin kebenaran kata saudara. Mampukah saudara bantu saudara saya yang saya kira tenat (pada pandangan zahir) akibat dari operasi kepala satu masa dahulu. Telah habis ikhtiar kami, dan kini kurus kering, tak tentu hala macam orang gila, ada masa dia ok. Harap dapat saudara beri pandangan. Saudara saya itu tinggal di Kedah.

    BalasPadam
  5. Salam saudara aki..
    Insya'Allah sy akan membantu dgn pandangan berdasarkan pengalaman sy..
    1)Istighfar dan bersyahadah..
    2)Bc Al-fatihah..setiap bacaan Al-Fatihah itu difidyahkan kpd:
    a) Rasulullah s.a.w.
    b)Seluruh para Rasul.
    c)Seluruh para sahabat Rasulullah s.a.w. d)Seluruh para Tabiin,syuhada,wali2 Allah dan para solehin.
    e)Seluruh Malaikat dilangit dan dibumi. f)seluruh Alam krn alam turut berzikir dan bertasbih kpd Allah..
    3)Kemudian berserah diri kpd Allah dan mohon agar Allah bukakan hijab supaya diperlihatkan apakah yg menyebabkan masalah yg menimpa induvidu yg ingin kita bantu itu..
    Dlm memohon kpd Allah jgn lupa sebutkan nama penuh induvidu yg ingin kita bantu itu dgn berbinkan ibunya krn setiap anak keluar dari rahim ibunya..sebutkan juga tarikh lahirnya tidak kira mengikut kalendar masehi atau hijrah krn Allah mempunyai pengetahuan yg meliputi tentang tarih sebenar kelahiran hambanya..
    4)Mulakan zikir La ila ha ilallah,fikul lilamatin adadama wasi ha'u ilallah..
    Sambil berzikir pejamkan mata,bayangkan induvidu yg ingin kita bantu itu..
    Apabila dpt bayangan induvidu itu dlm makrifah kita,fokuskan pd zikrullah dan mohon Allah perlihatkan masalah yg menimpa samada ia darah beku atau bisa yg tertinggal dikepala akibat pembedahan atau entiti ghaib..
    Pd peringkat ini,pergantungan kita adalah 100% dan jgn ada rasa ragu..
    Jika sudah dpt melihat akan masalah dikepalanya itu,bacakan zikir, "Jundullah Fissama watiwal Ard" sambil mohon Allah hantarkan tentera2 Malaikat dilangit dan dibumi utk menjaga atau mengepung induvidu itu dgn tujuan agar Iblis atau jin tidak mengganggu sesi rawatan yg sedang kita lakukan itu..

    5)Kemudian bacakan Ya qobit,Iq bit Hum, utk menghijabkan jin atau iblis dari mendekati pesakit..Saudara boleh meniatkan berapa jauh radius hijab itu dan bayangkan rupa hijab atau halangan itu mengikut fikiran saudara krn pd masa itu Allah akan mengilhamkan rupa hijab itu kpd kita..
    6)Sambil meneruskan bacaan zikir,Hulurkan tangan kanan saudara dan bayangkan tangan saudara itu berada diatas kepala pesakit..Zahirkan rupa darah beku atau bisa itu mengikut ilham saudara dan dgn penuh keyakinan pd Allah niatkan bisa itu keluar sehingga dpt saudara lihat ianya keluar melalui pandangan makrifah saudara itu..
    Lakukan ia berulang-ulang dan saudara memohon kpd Allah agar dikeluarkan semua bisa2 td sehingga saudara nampak ianya sudah habis dikeluarkan..

    6)Kemudia bckan kembali zikir La ila ha Ilallah fikul...dan niatkan hujan makrifah yg mengandungi air zam2 dan niatkan ianya menimpa tubuh pesakit..Ia akan mecuci saki baki bisa yg tertinggal..Jikasaudara dapati tubuh dan wajah pesakit bercahaya,itu petanda bahawa segala sisa bisa itu sudah dikeluarkan..

    7)Setelah selesai,bckan Al-Fatihah dan fidyahkan kpd Lukmanul Hakim..Setelah itu berikan salam kpdnya 3x dan sampaikan hajat bahawa saudara memohon kpd Allah agar memerintahkannya membacakan ayat2 syifa pd bekas yg berisi air yg ada bersama saudara dan sebutkan sekali lg nama pesakit lengkap dgn nama ibunya juga tarikh lahirnya..
    Setelah itu saudara berdoalah kpd Allah..Jika ada rezeki saudara akan dpt melihat wajahnya yg sedang membaca ayat2 syifa dan akan keluar huruf2 bacaan itu lalu masuk ke dlm air..
    Sy hanya mampu melihat paras mulut hingga ke dagunya sahaja krn amalan sy masih kurang dan kadangkala kita terlibat dgn perkara2 makruh dan syubahah..
    Kemudian saudara buatlah sujud syukur sebagai penutup sesi rawatan itu..
    Inilah kaedah yg diajarkan oleh Ustaz membimbing sy itu..
    Jika ianya gangguan jin,maka kaedahnya sedikit berbeza krn jin2 ini ada kolam utk merawat dirinya dan kolam itu harus dikunci terlebih dahulu sblum kita menangkapnya..Sy akan terangkan kemudian jika saudara ingin mengetahui dgn lbh lanjut..
    Wallahualam..

    BalasPadam
  6. pembetulan..
    Zikir, LA ILA HA ILALLAH,FIKUL LILAMMATIN ADADAMA WASI HA'U ILMULLAH.

    BalasPadam
  7. Salam saudara,

    Terima kasih atas tunjuk ajar ini, bolehkah saya lakukan padahal saya banyak buat dosa sebelum ini dan banyak kekurangan.

    Satu lagi yang mungkin dapat penjelasan, adik perempuan saya ini berumur 40an, dan tinggal bersama seorang lagi adik perempuan (kakak dia). Kata kakak dia, pernah dia dengar adik saya yang sakit ini sering bercakap sendirian seolah ada yang melayannya. Tak suka mandi dan kurus kering badannya. Adakah ada kaitannya dengan saka atau jin? Harap saudara boleh membantu, terima kasih.

    BalasPadam
  8. Salam..
    Saudaraku Aki..
    Usahlah saudara bimbang akan kesalahan dan dosa yg pernah kita lakukan dahulu itu dan usahlah kita anggap ianya akan menjadi penghalang kpd kebaikan dan amal jariah yg bakal kita lakukan ini..
    Utk pengetahuan saudara sy dahulu pun seorang ahli Maksiat..Ttp apakah kita tahu akan akhir Kalam kita kelak?
    Berapa ramai para wali2 Allah yg besar dahulunya seorang yg buruk amal perbuatannya sebelum Allah mencampakkan hidayah kpd mereka..
    Imam Fudail dahulunya adalah seorang perompak..
    Ttp diakhir hayatnya beliau menjadi wali Allah yg besar lg ramai muridnya..Inilah akhir kalam manusia yg ramai umat awam tidak menyedarinya..
    Sebab itulah Alif,Lam dan Mim itu menjadi pembuka ayat Surah Al-Baqarah dimana Allah ingin menyatakan bahawa fitrah manusia itu ada yg seperti Alif jalan hidupnya,Yahudi dan Nasara digambarkan sebagai Lam jalan hidupnya dan Mim itu adalah kita yg berputar diawal Fitrah kita lalu dipersimpangan terakhir kita kembali Lurus seperti pengakhir huruf Mim itu..
    Sbb itulah kita dilarang membenci manusia,ttp boleh membenci perbuatannya dan sebaik-baiknya adalah kita mendoakan ia beroleh hidayah krn Rasulullah S.A.W pernah mendoakan Abu Lahab dan Khalid Al-Walid menjadi teman seperjuangannya,lalu Allah Takdirkan Khalid Al-Walid dipilih menjadi pejuang Islam..
    Sudaraku Aki,
    Kita menjadi pelaku maksiat adalah krn Iblis berjaya menangguhkan kita dari menjadi musuhnya..
    Namun apabila jalan kita kembali lurus,maka pd waktu itulah Iblis akan kita isytiharkan sebagai musuh yg patut kita perangi..
    Dari apa yg saudaraku katakan,besar kemungkinan ada unsur2 entiti ghaib yg mengganggu Adik perempuan saudara itu..
    Lakukanlah spt apa yg telah sy sampaikan..
    Ttp dlm kes ini kaedahnya sedikit berbeza..
    Apabila Allah perlihatkan pd mata hati saudara bentuk gangguan itu,maka bayangkan sebuah kolam yg Hitam lg berlumpur..Kolam itu adalah tempat Jin merawat dirinya apabila ia didera dgn zikir2 yg akan kita bckan nanti..
    Lalu niatkan supaya kolam itu dikunci supaya ia tidak dpt memasuki kolam itu apabila ia didera dgn Zikir2 yg kita bckan kelak..Dlm kaedah sy,kolam itu dibekukan dgn membayangkan salji meliputi seluruh kawasan kolam itu..
    Bckan zikir,Jundullah Fissama Watiwal Ard,lalu niatkan para Malaikat mengepung entiti ghaib yg berada disamping pesakit..
    Bckan zikir,Ya Qobit Iq Bit Hum,berulang kali lalu niatkan para2 malaikat memasung entiti Ghaib berkenaan dan pastikan gambaran itu dpt dizahirkan dlm pandangan Makrifah saudara..
    gambaran itu terpulang kpd kehendak saudara krn Allah akan menolong kita disaat itu melalui ilham yg timbul difikran kita..
    Kemudian niatkan entiti itu dipisahkan dari pesakit..Bina satu bulatan spt kristal yg membelenggu entiti itu krn disitulah saat ia akan didera dgn bacaan zikir..
    Niatkanlah zikir itu membentuk senjata yg dpt kita bayangkan dan tingkatkan tahap kedahsyatannya supaya entiti itu dpt dilemahkan..Niat dan bayangkankan Zikir2 itu memasuki mata,telinga,hidung,mulut dan segala rongganya dan niatkanlah fenomena Alam spt ribut atau apa sahaja utk menambahkan lg tekanan pdnya..
    Kemudian bckan azan(tidak perlu kuat)dan niatkan kekuatan gelombang azan itu dpt melukakan dan membakar tubuhnya..
    Jika saudara berniat utk mematikannya,bclah ayat Qursi dan hajatkan kpd Allah utk meminta izin utk membinasakannya..
    Pd ayat terakhir,ulang 7 kali dan niatkan tubuhnya dihancurkan atau diletupkan setiap kali ulangan..
    Apabila saudara telah yakin ianya sudah dimatikan,bckan zikir La ilaha ilallah fikul...dan bayangkan sebuah laut yg rata permukaannya ttp bergelora didalamnya..
    Mohon kpd Allah agar dibukakan mulut laut itu..
    Kemudian niat dan bayangkan bulatan yg membelenggu entiti itu dimasukkan kedalam laut itu..
    Kemudian tutup kembali bukaan mulut laut itu dan patrikan dgn Kalimah Allah dan Muhammad..
    Setelah itu rawatlah pesakit dgn kaedah hujan makrifah spt dlm komen sy yg sebelumnya..Ikutilah langkah2 yg telah sy berikan itu sehingga saudara yakin sessi rawatan itu selesai..
    Rawatan ini boleh dibuat dari jarak jauh..

    BalasPadam
  9. AlHmdulillah, terma kasih sekali lagi atas nasihat saudara itu. Saya amat menghargai pandangan saudara dan juga keyakinan yang saudara bekalkan kepada hamba yang dhaif ini. Maklumlah saya selama ini amat ragu kerana perkara2 yang amat mengaibkan diri saya sebelum ini. Semoga Allah mengampunkan saya.

    Jika begitu memang benarlah, saya sentiasa dibelenggu keraguan yang dibawah mainan iblis ini... selalu sahaja was-was dan tidak yakin.. Sekali yakin kemudian hilang dan ragu kembali..

    Saya akan usaha sedayanya, dan harap saudara teruslah beri bimbingan kerana saya ni tidak berapa pandai dan harap saudara dapat terus bantu.

    Saya cuba senaraikan untuk pastikan:

    )Istighfar dan bersyahadah..

    2)Bc Al-fatihah..setiap bacaan Al-Fatihah itu difidyahkan kpd:....

    3)Kemudian berserah diri kpd Allah dan mohon agar Allah bukakan hijab supaya diperlihatkan apakah yg menyebabkan masalah yg menimpa induvidu yg ingin kita bantu itu.

    4)Mulakan zikir LA ILA HA ILALLAH,FIKUL LILAMMATIN ADADAMA WASI HA'U ILMULLAH....
    Sambil berzikir pejamkan mata,bayangkan induvidu yg ingin kita bantu itu..

    bayangkan sebuah kolam yg Hitam lg berlumpur..Kolam itu adalah tempat Jin merawat dirinya apabila ia didera dgn zikir2 yg akan kita bckan nanti..

    niatkan supaya kolam itu dikunci supaya ia tidak dpt memasuki kolam itu apabila ia didera dgn Zikir2...

    Bckan zikir,Jundullah Fissama Watiwal Ard,lalu niatkan para Malaikat mengepung entiti ghaib yg berada disamping pesakit..
    Bckan zikir,Ya Qobit Iq Bit Hum,berulang kali lalu niatkan para2 malaikat memasung entiti Ghaib berkenaan dan pastikan gambaran itu dpt dizahirkan dlm pandangan Makrifah ...

    niatkan entiti itu dipisahkan dari pesakit..Bina satu bulatan spt kristal yg membelenggu entiti itu krn disitulah saat ia akan didera dgn bacaan zikir..

    Niatkanlah zikir itu membentuk senjata yg dpt kita bayangkan dan tingkatkan tahap kedahsyatannya supaya entiti itu dpt dilemahkan..Niat dan bayangkankan Zikir2 itu memasuki mata,telinga,hidung,mulut dan segala rongganya dan niatkanlah fenomena Alam spt ribut atau apa sahaja utk menambahkan lg tekanan pdnya..

    bckan azan(tidak perlu kuat)dan niatkan kekuatan gelombang azan itu dpt melukakan dan membakar tubuhnya.

    bclah ayat Qursi dan hajatkan kpd Allah utk meminta izin utk membinasakannya..

    Pd ayat terakhir,ulang 7 kali dan niatkan tubuhnya dihancurkan atau diletupkan setiap kali ulangan. ...apakah ayat terakhir itu "wa hua aliyyul adzim"? atau "wa la yaudzu..."? Harap dapat pencerahan.

    bckan zikir La ilaha ilallah fikul...dan bayangkan sebuah laut ...

    Mohon kpd Allah agar dibukakan mulut laut itu..
    Kemudian niat dan bayangkan bulatan yg membelenggu entiti itu dimasukkan kedalam laut itu..
    Kemudian tutup kembali bukaan mulut laut itu dan patrikan dgn Kalimah Allah dan Muhammad.. ..sebutannya: "ALLAH MUHAMMAD" ?

    5)Kemudian bacakan Ya qobit,Iq bit Hum, utk menghijabkan jin atau iblis dari mendekati pesakit.

    .... (saya harap saudara dapat bantu betulkan sebutan bunyi "Iq" itu . betulkah IQ BIT HUM iaitu aliff dan qaf?)

    6)Sambil meneruskan bacaan zikir,Hulurkan tangan kanan

    7)Kemudia bckan kembali zikir La ila ha Ilallah fikul...

    8)Setelah selesai,bckan Al-Fatihah dan fidyahkan kpd Lukmanul Hakim..Setelah itu berikan salam kpdnya 3x dan sampaikan hajat ...

    9)Setelah itu saudara berdoalah kpd Allah..Jika ada rezeki ...

    10)Kemudian buat sujud syukur sebagai penutup sesi rawatan itu..


    Diharap saudara dapat bantu betulkan turutan amalan yang saya senarikan di atas. Terima kasih.

    Semoga Allah memberi rahmat dan cucurkan HikmahNya kepada saudara dan ustaz, amin.

    BalasPadam
  10. Salam saudaraku aki..
    Turutan yg saudara berikan itu betul dan sy akan membantu meyakinkan saudara merujuk kpd pertanyaan saudara..
    1)Ayat terakhir dari ayat Qursi itu adalah "wala ya'u dzuhu..."Memang ada kaedah bacaan yg wakafnya tidak sama,ttp sy anjurkan kpd bacaan akhir "Wala ya'u dzuhu..."Dlm perkara ini,semua ayat dinasabkan sebagai bacaan zikir,jadi ia tidak terikat dgn hukum Tajwid atau wakaf..
    2)Kalimah Allah Muhammad itu tidak perlu disebut,cuma saudara membayangkan penzahiran kedua kalimah itu didalam pandangan Makrifah saudara..
    2)Bacaan zikir"...Iq bit hum"itu hurufnya adalah alif dan qaf..
    Jika kita berzikir,ia tidak terikat dgn hukum Tajwid asalkan sebutannya terang krn bacaan zikir ini boleh dlm tempo yg perlahan dan laju..Bacaan zikir juga tidak perlu kpd berwudhu' ttp lbh afdal jika kita mempunyai wudhu'..ttp jika dlm kecemasan,tidak mengapa jika tiada wudhu'..
    Sy sebenarnya hingga kini adakalanya sukar juga utk menerima hakikat bahawa sy yg dipilih Allah utk menerima amanah ini berdasarkan sejarah lampau sy..
    Namun apabila kita bertaubat dan kembali mendekatkan diri kpdnya,Allah akan memberikan rahmat dari sisinya yg tidak kita dpt pelajari di mana2..
    Malahan Ustaz yg membimbing sy itu pun tiada kemampuan utk melihat akan entiti2 ghaib spt sy..Namun ia mampu utk menghidu bau entiti2 ghaib dan kebolehan itu tiada pula pd diri sy..
    Namun mengikut penjelasan Ustaz itu,sesiapa yg pernah mengalami gangguan dan pernah melihat entiti ghaib dlm sedar ataupun mimpi berkemungkinan besar dpt melihat entiti2 ghaib itu samada dlm pandangan zahir ataupun pandangan Makrifah jika mengamal zikir2 yg diajarkan pd sy itu dan mengikut kaedah yg sy lakukan..
    Itulah hikmah yg tersembunyi yg Allah beri kpd sesiapa yg dianiaya oleh perbuatan sihir..
    Lalu apabila ia sembuh,ia akan mempunyai kebolehan yg sy maksudkan ini..
    Yg perlu kita semaikan adalah keyakinan serta kebergantungan 100% kpd Allah dan sedikit keberanian..
    Andaikata jika saudara merawat seorang pesakit lalu jin yg menumpang tubuhnya itu marah2 atau mengejek-ejek atau mencabar-cabar saudara,sy nasihat saudara utk mengabaikan tindakan dari jin berkenaan..Itu cuma helah mereka utk melengah-lengahkan masa kita dan hanya bertujuan utk mengganggu tumpuan kita sahaja..
    Teruskan sesi rawatan itu tanpa mempedulikan permainan psikologi jin itu..
    Semoga saudara akan dpt melaksanakan kaedah ini tanpa byk rintangan,mudah2an..

    BalasPadam
  11. Salam..

    Menurut pembacan saya bacaan wirid tersebut adalah ringkasan daripada wirid tarekat Ahmadiah yang sebutannya.

    LA ILA HA ILALLAH,FIKUL LILAMHATIN ADADAMA WASI HA'U ILMULLAH.

    http://www.youtube.com/watch?v=gE_P_nAPuZE
    http://www.ahmadiah-idrisiah.com/founders3-e.php

    Terima-kasih

    BalasPadam
  12. Assalamu alaikum saudara

    Saya telah membaca penerangan saudara dengan teliti dan akan meneliti lagi agar apa yang bakal saya usahakan itu setepat mungkin sebagaimana yang disarankan. Ini adalah usaha saya yang pertama dalam hidup saya yang selama ini tak pernah saya terfikir pun memandangkan keadaan saya seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

    Segalanya atas kehendak Allah jua. Saya memohon jika saudara mempunyai email, harap hubungi saya dalam wvw.iiii@ymail.com untuk memudahkan saya menghubungi saudara di masa akan datang. Sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih

    Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabaraktuh. Alhamdulillah... Semoga bersua lagi.

    BalasPadam
  13. salam saudaraku tanpa nama..
    Benar spt kata saudara itu..
    Zikir yg sy sampaikan itu adalah dari amalan Tarekat Ahmadiah..
    Sy diajarkan zikir itu dari umur sy 8 tahun oleh ibu bapa sy..
    Sanad dari keluarga sy adalah dari arwah datuk sy..
    Sanad dari Arwah datuk sy ialah dari Arwah Tuan Sheikh Ahmad yakni guru Tarekat kpd Arwah datuk sy..
    Ibu dan bapa sy kini berguru dgn Tuan Sheikh Murtadza dan Tuan Sheikh Faiz yakni anak2 kpd Arwah Tuan Sheikh Ahmad..
    Sy belajar Tafsir Al-Quran dan diajarkan kaedah perubatan dari Anak Saudara kpd tuan Sheikh Murtadza bin Sheikh Ahmad..Terima kasih kembali..
    Kpd saudaraku Aki..
    Mulakanlah langkahan baru dlm hidup saudara ini krn ia mungkin hikmah dari Allah s.w.t yg mempertemukan kita disini..
    Sy mendoakan niat murni saudara ini akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t..
    Setiap ujian yg dtg dari Allah s.w.t adalah utk kita kembali kpd fitrah kehambaan kita kpdnya..

    BalasPadam
  14. Salam saudara,
    setelah saya melihat youtube yang saudara anjurkan, dan juga web tariqat ahmadiah saya ingin sekali lagi memohon pencerahan mengenai bacaan "FIKUL LILAMMATIN" seperti yang saudara sebutkan di atas sekali itu. Dari tulisan jawi ia disebut lihatin, Saya bimbang ia tersalah taip, kerana saya dapati bunyi bacaannya juga ialah Fi Kulli Lamhatin" Harap dimaafkan kalau saya tersilap .... Wassalam

    BalasPadam
  15. maaf, Lamhatin bukan lihatin, tersalah taip pulak.

    BalasPadam
  16. Salam..

    Bolehkah bayangan senjata dari huruf-huruf wirid yang Tuan Tanpa Nama pelajari diaplikasikan untuk alam yang bukan alam ghaib, iaitu alam 5 pancaindera yang kita tengah duduk ini?

    Mungkin saudara aki yang sakit tu boleh try di rawat di Darul Saka
    darulsaka.blogspot.com

    Saya tak pernah try, yang saya baca juga Biizni ALLAH ramai yang menjadi,at your own risk...

    Yang memberi sakit adalah ALLAH,yang menyembuhkan juga ALLAH.

    Terima-kasih.

    BalasPadam
  17. Salam Saudaraku Aki..
    Sy menerima Zikir ini secara aural iaitu secara vokal yg diajarkan oleh ibu bapa sy..
    Huruf yg saudara bckan itu adalah bunyi yg sebenarnya jika ia dibacakan dgn perlahan..ttp apabila dilajukan,acsennya akan berubah kpd "LiLammatin..."
    Spt yg sy ktkan sblmnya,zikir tidak terikat dgn hukum Tajwid atau adab2 Talaqi Al-Quran,malahan boleh dibaca bila-bila masa samada dlm keadaan ada wudhu atau sebaliknya..Itu perbezaan asas antara bacaan zikir dgn bacaan Al-Quran..Ayat Al-Quran jika dibacakan dgn niat zikirpun akan bebas dari hukum2 tajwid,hukum huruf Qalqalah dsb krn perbezaan dari segi adab dan kaedahnya..
    Kpd Saudaraku Tanpa nama,
    Sy pernah mendengar zikir ini dipraktikkan dlm alam zahir spt dlm hal2 urusan harian,spt temuduga,berhadapan dgn org yg kita tidak selesa dan berbagai masalah2 zahir dlm urusan manusia..Sy pernah berdepan dgn keadaan dimana sy dipanggil utk mengadap Ketua Jabatan sy lalu sy bckan zikir2 yg sy pelajari itu didalam hati dan Alhamdulillah sy tidak gugup atau takut utk berbeza pandangan dgnnya wlwpun ramai yg mengatakan bahawa Ketua sy itu seorang yg Autokratik..
    Tentang ayat mana yg sesuai,ianya bergantung kpd keserasian ayat2 itu dgn kita..
    Sebagaimana sy,Lailahaillah,fikul..telah sy amalkan sedari sy kecil lg iaitu ketika sy baru berumur 8 tahun lg..
    Oleh itu,zikir itu barangkali sudah bersebati dgn diri sy atas izin Allah..
    Yg paling penting ialah niat kita dan keyakinan kita kpd Allah s.w.t..
    Namun spt Ayat Jundullah fissama..itu agak baru dgn sy ttp ianya serasi disebabkan oleh keyakinan dan kebergantungan kita kpd Allah s.w.t yg tidak terputus..
    Ianya adalah berkait dgn kekuatan Makrifah dlm diri kita sendiri dan tahap2 yg ada pd manusia itu berbeza-beza disisi Allah..
    Sy bukan Ahli Tarekat,ttp ibu bapa,Arwah datuk sy dan guru Al-Quran serta ustaz yg membimbing sy itu adalah Ahli2 Tarekat Ahmadiah..Arwah datuk sy dahulu sgt garang dan selalu memarahi sy sehinggakan sy menganggap bahawa sy adalah antara cucu yg paling dibencinya..
    Ttp kini pandangan sy itu berubah krn disebalik kegarangan dan deraan sekali-sekala darinya itu mengingatkan sy kpd amanat yg ditinggalkannya kpd keluarga sy..Dlm ramai2 cucunya,sy cucunya yg paling degil ini yg dipilih Allah utk mewarisi amalan zikirnya utk membantu keluarga dan masyarakat disekeliling sy..Sy bersyukur krn segarang-garang datuk sy,beliau meninggal dirumah sy,dlm jagaan sy dan keluarga sy,satu petanda Allah bahawa datuk sy meredhai sy dan keluarga sy..Di kalangan anak2nya,hanya ibu sy dan seorang adiknya yg mengikut jejaknya menjadi jemaah Tarekat Ahmadiah..Sy mendoakan agar bapa2 saudara sy akan mengikut jejak datuk sy kelak,mudah2an..
    Penyakit itu dtg dari Allah dan ia adalah ujian utk hambanya..
    Ia juga adalah wake-up call dari Allah utk kita mendekatkan diri kpdnya krn sblm penyakit itu dtg,(dengan izin)mungkin kita pernah jauh darinya atau mungkin juga kita pernah Lagha atau Syubahah tanpa kita sedar,atau juga kita jarang muhasabah diri dan berlapang dada dgn setiap rezeki pemberiannya..
    Mungkin juga Allah mahu kita perbanyakkan amalan2 sunat atau mendalami rahsia keilmuannya krn setiap cubaan yg dtg terhijab seribu hikmah yg akan dpt kita singkap apabila kita berjaya melaluinya..
    Wallahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam ya saudara tanpa nama. saya arif begitu beminat membaca perkongsian ilmu saudara dgn aki. bolehkah saya turut mengamalkan apa yg saudara perturunkan kepada aki kerna saya turut melibatkan diri dlam rawatan spiritual

      Padam
  18. Assalamualaikum

    Terima kasih saudara-saudara semua. Pencerahan dan panduan yang amat bermakna untuk sekelian umat untuk memahami sesuatu di luar kotak pemikiran dan dapatlah saya memahami sedikit sebanyak hal bathin ini. Alhamdulillah.

    Bukan mudah hendak mendapat penerangan dari masyarakat yang hanya bergantung pada syarie sahaja kerana selalunya mereka tidak pernah alami hal2 bathin seperti saudara. Saya bersyukur kerana dapat menumpang mengetahui berkaitan ilmu batin ini.

    Memang betullah, bila bacaan dilajukan ia berbunyi seperti itu tetapi yang baling berharga kepada saya ialah pencerahan dari segi bacaan zikir itu yang tak tertaklok kepada tadjwid dan hukum. Ia berkaitan hati serta yakin. Barulah jelas sekarang kenapa ada ahli makrifat yang tidak begitu mahir bahasa arab, kadang2 guna ayat jampi Melayu sahaja dapat melakukan sesuatu yang luar biasa. Syukur atas pencerahan tersebut. Sekian, wassalam.

    BalasPadam
  19. Jika menurut PAKAR ALAM FIKIRAN..Dr Paryana Suryadipura ..semua manusia dianugerahkan Allah kekuatan Metafizik yang jika ditumpu dgn keinginan yg jitu akan melahirkan GELOMBANG KOSMIK yakni Gelombang Alam Lahut..Jika gelombang ini pada tahap yg SAMA..maka berlakulah RESONANSI...dan resonansi ini akan melahrikan " tenaga abnormal/ luarbiasa" yang akan merubah kehidupan kita.

    Kaedahnya ialah TAFAKUR atau MEDITASI. Bertafakurlah secara Islamik keran kita saorang MUSLIM...Pada saya hanya gelombang Kalimah Syahadah shj yg boleh melhirkan gelombang kosmik secara ikhtiari. Cubalah kaji dan dalami ILMU TAFAKUR- GERAK Bapak Dr Bagindo Muchtar. dimana kita akan fahami bahawa MIKRAJ ( jalan NAIK = URUJ ) itu adalah berkaitan AKU yang jika berada di MAKAM KETUHANAN maka Perentah KUN menjadi.

    BalasPadam
  20. Saya MENJADI ANDA SEMUA PADA HALAMAN INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, Aa wanita, ibu, saudara perempuan dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGELUARAN ESTATE REAL dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tiada siapa yang mahu meminjam wang untuk melengkapkan projek komersial kami telah dalam pembinaan beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang mendakwa sejumlah besar wang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik-baiknya dan membantu, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak untuk menanggung dan saya kehilangan semua harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA GANTI PELANGGAN GLOBAL syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang sebenarnya memberi saya harapan dan memberitahu saya tidak bimbang bahawa syarikat itu akan meminjamkan saya wang, walaupun jumlah yang saya perlukan adalah besar, dan saya dapat memberi mereka keperluan yang ada beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya pergi melalui semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan wang yang saya minta selepas telah mengesahkan saya layak untuk pinjaman, saya diminta menunggu, untuk mengejutkan saya yang paling besar pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya melakukannya dengan baik, ini menjadikan kehidupan saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA JUTA PELAYAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI AKU
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    BalasPadam
  21. href="https://istanbulolala.biz/">https://istanbulolala.biz/
    BD3SS

    BalasPadam