Sabtu, 29 Ogos 2015

MENGENALI RUH





MENGENALI RUH SAAT TIDUR dan JAGA

Mari membiasakan zikir lisan dan kalbu setiap saat. Hidupkan kalbu dengan mengingat dan merasakan kehadiran Allah dalam diri.

Mari mengenali jati diri kita saat tidur ataupun terjaga.
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; Maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan.” (QS. Az-Zumar [39]: 42)


Rasulullah SAW bersabda, “Tidurnya orang Alim lebih besar pahalanya dari ibadahnya orang bodoh.” (HR. Ath-Thabarasi di Makârim Al-Akhlâq).

Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, hal ini berlaku bagi orang yang kalbunya hidup dengan menyebut asma-asma tauhid, dengan lisan sirri tanpa huruf dan suara. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi, “Manusia adalah rahasia-Ku dan Aku adalah rahasia manusia.”

Jadi, manusia yang mampu melihat sifat-sifat Allah SWT pada segala sesuatu yang ada dan terjadi di muka bumi ini, pasti akan melihat Zat Allah di akhirat tanpa perantara. Melihat sifat-sifat Allah inilah yang sering diakui oleh para wali.

Sayyidina Umar bin Khattab mengatakan, “Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya dari Tuhanku.”
Sayyidina Ali bin Abi Thalib juga mengatakan, “Aku tidak menyembah Tuhan yang tidak aku lihat.”

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Sirrul Asrar

Ahad, 23 Ogos 2015

80,000 malaikat membaca surah Al-Ikhlas




Dipanjangkan dari fb Ukhti Khalijah ·



Fadhilat Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :

1. Mengusir Iblis Dan Syaitan

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.

* Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

2. Sebahagian Al-Quran

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.

3. Khatam Al-Quran

Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

4. Pahala membacanya

Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”

Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”

5. Penebus Diri

Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.

“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”

6. Diampuni Dosanya Oleh Allah SWT

Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.

Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”

“Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”

7. Selamat Di Alam Barzakh

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”

8. Balasan Syurga

Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”

Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.” (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”

Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”

Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”

Subhanallah, hanya sekadar surah yang begini pendek, dapat memberikan kegembiraan kepada si mati tadi. Maka eloklah kita sama2 amalkan supaya kita juga dipilih oleh Allah dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”

9. Dipelihara Keselamatan

Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”

Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari marabahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.”

E. Khasiat Surah Al-Ikhlas

Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa agungnya Surah Al-Ikhlas, kerana di dalam Surah Al-Ikhlas ini sepenuhnya menegaskan ‘Kemurnian’ atas ‘Keesaan’ Allah SWT.

Adapun khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya banyak sekali, di antaranya:

1. Tercapai Setiap Hajat

Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.

2. Penawar Penyakit

Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)

3. Menghindari Kesukaran

a. Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

b. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.

4. Menundukkan Orang Zalim

Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;

“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”

InsyaAllah berhasil.

5. Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain

a. Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.

b. Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.

6. Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga

Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.

7. Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana.

Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.

8. Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat

Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.

9. Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur.

Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.

10. Pelbagai Guna

Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu… InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah :

– sebagai benteng/pagar diri
– sebagai suplemen/vitamin lahir/batin (sehat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
– anti sihir/santau
– mahabbah
– murah rezeki
– perubatan
– membuka hijab
– perlindungan dari zina
– bersih dan sucikan hati kita.

Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.

Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.
والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Petikan: Shafiqolbu

Khamis, 18 Jun 2015

Gerakan Wahabi



Wahabi

Sejauhmana wahhabi itu sesat tok? Mereka yang jaga 2 masjid haramain, tapi sekarang kita diberitahu mereka berfatwa menyalahkan aswj terutama terkait pengajian kerohanian, Mereka kata bid'ah. Jika benar bagaimana kita hendak tahu mereka itu wahhabi ke tak?

Reply



zamanyJune 1, 2015 at 3:26 PM

Walaikumsalam cu..

Wahabi atau Mazhab Wahabi adalah merupakan ajaran baru yg telah dianggap sesat lagi menyesatkan oleh banyak ulama diseluruh dunia dahkan Mufti Majlis agama islam Johor iaitu Dato' Syed Alwe bin Tahir Al-Hadad th1934 – 1961. Telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka itu adalah sesat lagi menyesatkan. Mereka penyebar ajaran baru bukannya bermazhab Salafi malahan melarang umat islam menganut, mempelajari dan berakidah seumpama itu. Mereka mengkafirkan ulama salaf termasuklah 4 imam Mazhab utama Islam turut sama mereka tolak. Mereka hanya mengikut fahaman tauhid Ibnu Taimiyah (sebelum ia bertaubat) dan Ibnu Qayyim juga Muhammad Abd Wahhab (pengasas wahabi). Mereka lebih kepada fahaman puak Khawarij yg suka mengkhafirkan org islam yg tidak sealiran dgn mereka dan membunuh ulama aswj termasuk wanita dan kanak2 sewaktu berperang bersama2 keluarga Saud dahulu utk menguasi semananjung arab, mekah dan madinah. Diwaktu yg sama mereka menghalalkan zina kepada perampuan tawanan mereka yg dianggap harta rampasan perang. Mereka jugalah yg menjadi penyamun jalanan yg merampas harta2 rombongan2 dipadang2 pasir sebagai sumber ekonomi mereka diperingkat awal keujudan mereka. Antara pekara2 yg penting kita ketahui mengapa kita harus menolak mazhab wahabi ini ialah;

1. Mereka menafsir alQuran dan al Hadis mengikut akal fikiran mereka semata2. Mereka bukannya ahli tafsir alQuran dan hadis serta langsung tidak dianggap ahli dlm bab ini kerana mereka tidak bersama2 Nabi saw. sewaktu Nabi saw masih hidup. Wahabi lahir sekitar kurun ke 12 hijrah dan boleh dianggap agama baru.

2. Ber'itiqad bahawa Allah itu bertempat dan berjisim. Mereka mengambil dalil2 dlm Quran sebagai rujukan tetapi sebenarnya mereka tidak memahami maksud dan tujuan ayat2 itu diturunkan. Disinilah terselahnya kesesatan wahabi dgn jelas menyamakan zat Tuhan dgn makhluk.

3. Menolak amalan zikir dan mujahadah (yg ada nas sahih) kerana dianggap bidaah, tahyul dan kurafat. Malah semua amalan sunah juga turut menjadi bidaah, tahyul dan kurafat. Mereka menolak sama sekali ajaran Tasawuf dan Tarikat kerana mengamalkan wirid dan mujahadah bagi mendekatkan diri kehadrat Allah. Ini mereka tentang kerana tidak percaya bahawa roh org2 mukmin mempunyai kekuatan utk menyampai ketahap itu. Kekuatan kerohanian umat islamlah yg mereka ingin hapuskan sesuai dgn kemahuan rakan penyokong dan penyalur kewangan dan senjata kepada mereka iaitu USA, British dan Yahudi kerana mereka tahu disinilah kekuatan paling ampuh umat islam yg tak mampu mereka tembusi. Oleh itu mereka menggunakan "org dalam agama" iaitu Mohammad bin Abdul Wahab sebagai tonggangan bagi mencapai matlamat mereka. Samalah seperti Syiah di Iran, ISIS di Syira dan Iraq, Kadiani di Pakistan, Tabliq di India dan banyak lagi ajaran sesat tajaam mereka utk membasmi Islam.

4. Beretiqad bahawa semua pahala bacaan yasin, bacaan ayat2 Quran, doa2 yg disedakahkan kepada simati tidak akan sampai, Malahan mereka yg mengamalkannya dianggap telah sesat.

5. Amalan spt sambutan Maulud Nabi, selawat, tawwasul, ziarah kubur, berzanji, menbaca doa qunud, menghormati keluarga Nabi, khalifah arasiddin, para sahabat, tabain, attabain serta binaan2 yg dibuat atas makam mereka dan berbagai amalan biasa umat islam dianggap bidaah dan kurafat, sedangkan kebanyakan amalan2 ini mempunyai nas yg sahih dan sah sanadnya. Menolak sambutan Mawlid Nabi s.a.w. dan amalan marhaban, berzanji, qasidah, burdah dan sebagainya yang memuji-muji Nabi s.a.w. yang dianggap bid’ah. Mereka juga mendakwa bahawa amalan memuliakan baginda s.a.w. boleh membawa kepada syirik.

6. Menghalalkan darah sesama islam hanya kerana berlainan fahaman dalam masaalah furuk didalam Fiqah dan tauhid. Mereka banyak membunuh ulama2 aswj dan umat2 islam diseluruh semenanjung arab bagi menghalalkan agenda mereka. Malah wahabi sekarang telah banyak meresap keseluruh pelusuk dunia dek kerana pendokongnya adalah Arab Saudi. Kebanyakan negara islam amat taksub dan menyokong kuat Arab Saudi kerana mereka beranggapan bahawa negara itu merupakan negara islam contoh yang kaya dan menggunakan kekayaan negara itu untuk menjaga Mekah dan Madinah. Ada juga pemimpin menjadi taksub kerana minyak yg ada disana. Semua itu adalah topeng semata-mata. Mereka bertopengkan agama demi kepentingan peribadi mereka sahaja. Keluarga Wahab menjaga kepentingan agama, sistem pelajaran, majlis agama islam, sekolah2, maktab2 dan universiti2. Manakala keluarga saud menjaga kepentingan politik, pemerintahan, ekonomi, pertahanan serta Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

7. Melarang ziarah kubur Nabi s.a.w., para sahabat dan orang-orang soleh. Mazhab ini juga melarang keras para pengikutnya berdoa bertawassul dengan Nabi s.a.w., nabi-nabi a.s., para sahabat r.a dan juga orang-orang soleh yang mukmin (menganggap amalan ini bid’ah) meskipun pada hakikatnya amalan ini sebenarnya memanglah menjadi sunnah Nabi s.a.w. dan amalan para sahabat r.a. dari satu zaman ke satu zaman yang lain, sehinggalah muncul Ibn Taimiyyah (661-728 H.) yang mula mempersoalkan kebaikan dan keharusan amalan bertawassul dengan Nabi s.a.w.

8. Menghancur kubah-kubah yang ada di makam-makam kerana golongan Wahabi menganggap hal ini menjadikan orang-orang Islam sebagai musyrik. Banyak makam sahabat r.a. dan bangunan-bangunan dihancurkan dengan alasan membenteras syirik. Ini adalah suatu tindakan paling bodoh yang dilakukan kerana sifat mazmumah dalam diri umat islam yang wajib diperangi dengan berzikir dan bermujahadah supaya hati tidak terhijab. Inilah pandangan dan tasawwur (memberikan gambaran) menyeleweng di kalangan kebanyakan umat Islam hari ini, apabila mereka sentiasa mengabaikan kewajipan bermujahadah memerangi kehendak hawa nafsu. Mereka umpama binatang ternakan dan yang disebut sebagai orang yang sesat (lalai) di dalam al-Quran. Selagi seseorang itu masih menurut kehendak hawa nafsunya, maka selama itulah ia tidak akan berjaya dalam perjalanannya kepada Allah. Hakikat fakta ini dapat kita lihat dalam firman Allah S.W.T. didalam surah al-Jasiyah ayat 23 dan Surah al Furqan ayat 43 & 44.

9. Gemar membangkitkan isu-isu furu’ yang sudak lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talkin, qunut subuh, zikir berjemaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, sambutan maulidur rasul, membaca surah Yasin di malam Jumaat, solat terawih 20 rakaat di bulan Ramadan dan sebagainya. Puak Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu, manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan ulama Nusantara.

10. Perkataan bid’ah sentiasa diulang-ulang ke atas perbuatan yang mereka tidak setuju. Bid’ah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjuruskan pengamalnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bid’ah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mazhab ini bahawa pembahagian ulama lain pada bid’ah hanyalah bid’ah dari sudut bahasa. Mazhab Wahabi ini hanya berpegang kepada satu pendapat dalam hukum hakam Fiqah jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan Hadis, seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarkan dalil-dalil yang ditemui.

11. Gerakan Wahabi yang ditunjangi, dipandu dan dipimpin oleh para ulama yang radikal, ekstrim dan tergelincir dari Akidah Islam yang syumul. Mereka terus menebarkan kebencian dan permusuhan yang didokong oleh sumber kewangan yang cukup besar dari kerajaan Saudi, US, British dan Yahudi. Mereka sinonim menuduh golongan Islam yang tidak sejalan dengan mereka terutama aswj sebagai kafir, syirik dan ahli bid’ah. Inilah ungkapan yang selalu dimainkan di setiap kesempatan. Mereka langsung tidak pernah mengakui jasa-jasa para imam mujtahid besar dalam Islam (Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali) yang telah berjasa dan berjaya menyusun hukum-hukum Fiqah dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. (Abu Hurairah, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Abbas, Ibnu Ash, Baihaki dll) untuk panduan ummah di sepanjang zaman. Malahan mereka (para ulama Wahabi) sentiasa membid’ahkan dan menyesatkan usaha murni para ulama Ahlus Sunnah Wal Jemaah itu, tetapi sebaliknya golongan ini sentiasa mengagungkan para ulama dari kalangan kelompok mereka sendiri.

12. Rejim kuku besi Arab terkenal kejam dan tidak menghormati hak asasi rakyat. Begitu juga, para ulama Wahabi terus memperbodohkan masyarakat Arab agar tidak menerima demokrasi terbuka dengan pelbagai fatwa haram itu dan haram ini yang mengelirukan rakyat. Inilah Thaghut yang wajib seluruh umat Islam seluruh dunia benci, musuhi dan hancurkan. Bukannya mengagungkan mereka.

Oleh kerana itu hendaklah umat islam di M'sia dan juga diseluruh dunia menolak dan menjauhi akan puak redikal ini kerana fahaman mereka ini boleh merosakkan akidah dan peggangan keimanan kita. Tiada kebaikan dari ajaran baru ini selain kemusnahan, kehancuran dan mengundang kemurkaan Allah dan Rasulullah, yang pastinya bakal akan dihumban kedalam neraka Jahanam diakhirat kelak. Maka haruslah kita berwaspada terutama apabila anak-anak kita pulang belajar dari timur tengah. Perhatikan tingkah laku dan tuturkata mereka samaada mereka telah terpisong dari ajaran islam terutama sebagai seorang muslim aswj. Disinilah peranan ibubapa harus menjadi pemantau utama kepada gerakan muda agar tidak merbahayakan umah, negara dan bangsa sendiri. Terbaiknya, tak payahlah beriya-iya benar menghantar mereka kesana kerana disini pun tidak kurang pusat pengagian tinggi dan Universiti yg mampu untuk mengajar mereka menjadi insan sempurna kelak. Semoga M'sia terpelihara dari anasir2 redikal dan extrimis itu dgn lindungan dari Allah SWT. Waallaua'lam...

Isnin, 2 Mac 2015

Zikir Munajat








Maksudnya: "Maha suci Allah dan pujian itu bagi Allah tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Dialah Allah Tuhan yang Maha Besar. "
Diulang sebanyak 33 kali.




Maksudnya: "Allah-Allah-Allah- Allah Ya AllahAllah Ya Allah -Allah Ya Allah-Allah Ya Allah Allah-Allah- Allah Ya Allah Allah-Allah- Allah Ya Allah Allah Ya Allah -Allah Ya Allah-Allah Ya Allah"



Maksudnya: "Maha suci Tuhan (Allah) Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrat kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arash dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arash langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya, semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada Nya."




Maksudnya: "Cukuplah perhitungan ku dengan Tuhan ku yang Maha Mulia, tiada sesuatu yang lain dihatiku selain daripada Allah, nur Muhammad S.A.W."
Diulang 5 kali




Maksundnya: "Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah."
Diulang 10 kali




Maksudnya: "Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki, Tuhan yang haq. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai."
Diulang 5 kali




Maksudnya: "Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah."





Maksudnya: "Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah."




Maksudnya: "Kami memohon taubat kepada Mu Ya Allah, Kami kembali kepada Mu Ya Allah, Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang kami lakukan."
Diulang 3kali.




Maksudnya: "Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya, dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan Tuan kami Nabi Muhammad, Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuang Nya."




Maksudnya: "Telah pun muncullah bulan purnama ataskami, Dengan pujian-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan, Seruan Allah kami serukan."





Maksudnya: "Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya beserta salam."
Diulang 2 kali

- See more at: http://mysaffiyah.blogspot.com/2011/02/zikir-munajat.html#sthash.77ICahcs.dpuf


Zikir Munajat 2