Masa dan waktu kedatangan "huru hara" yang paling sadis ke atas umat manusia pasti akan datang bila semua tanda-tandanya muncul. Bergegarlah alam. Hiruk pikuk suara manusia dan haiwan mengisi halwa telinga. Suatu peristiwa yang amat kita takuti.
Segalanya menjadi tidak keruan, hilang segala tumpuan dan hanya melayan suasana semasa yang mengerikan. Tidak berguna lagi segala kekayaan dan kemewahan yang dipunyai. Malah nyawa juga sudah hilang nilainya.
Kacau bilau yang amat dahsyat tak terfikir dek akal manusia. Gegak Gumpita dunia. Menjelang Kiamat.
Bersediakah kita? Masihkah kita teruja dengan facebook dan berlibur tanpa mengambil usaha bersedia menghadapinya?.
Tanda-tandanya yang nyata di depan mata:
1. Keadaan sosial kembali ke zaman jahiliah
2. Manusia sukakan hiburan
3. Muzik diberi keutamaan
4. Rasuah tidak terkawal
5. Riba dihalalkan
6. Pakaian wanita seumpama telanjang
7. Tidak menghormati ibu dan bapa
8. Tidak suka membaca Kitab dan alQuran
9. Membuka aurat bukan lagi satu keaiban (suatu yang lumrah)
dan banyak lagi.....
Golongan ini semuanya sedang membawa dirinya menuju kepada api neraka yang amat panas bahangnya. Mahukah anda bersam dengan mereka?