Keperkasaan dan kehebatan menjadi keinginan setiap manusia menempuh kehidupan di dunia. Keinginan yang tiada had menyebabkan manusia sering terpengaruh dengan unsur kurang wajar seperti syihir dan amalan syirik. Ada yang menyedarinya dan sebahagian besar tidak mengetahui apa yang mereka kuasai itu dimurkai Maha Pencipta. Ada pula yang menyangka (tertipu atau ditipu) bahawa kekuatan dan kuasa luar biasa mereka selaras dengan agama dan menganggap semua itu seumpama karamah atau kelebihan yang di anugerahkan.
Antara perkara yang sering manusia itu terpengaruh ialah kelebihan atau menyalahi adat:
1, Kuat dan Kebal.
2. Memukau dan Menguasai sama ada manusia, haiwan atau lain-lain.
3. Menghilang diri atau Ghaib
4. Pantas Bergerak. Ke suatu tempat sekelip mata.
5. Berjalan di atas air atau terapung di udara.
6. Membaca fikiran orang lain
7. Mengetahui kejadian masa hadapan atau di tempat lain, melihat masa lampau.
8. Meneroka alam ghaib
Tidak mustahil semua ini boleh dicapai sama ada melalui jalan benar atau jalan yang salah. Jalan benar hanya dikuasai oleh para insan bertaraf wali Allah sahaja dan ia di panggil "karamah". Sememangnya itu semua hak manusia yang telah di sediakan oleh Allah. Apa yang perlu manusia itu lakukan ialah menuntut (bukan belajar) menurut cara dan syarat yang telah Allah dan Rasul tetapkan.
Namun seperti semua ketahui, manusia itu bersifat amat bergopoh gapah dan tidak sabar menanti anugerah dari Maha Pencipta dan mengambil jalan pintas untuk segera mencapainya. Atas sebab itu sering sahaja manusia itu tersalah langkah kerana didorong oleh nafsunya sendiri. Makhluk halus yang terdiri dari jin dan iblis mengambil peluang segera membawa manusia tersebut ke arah yang bersalahan dengan apa yang Allah tetapkan. Mereka menyesatkan manusia itu dengan mudah.
Masalah kedua ialah manusia sering sahaja mengikut bisikan syaitan kerana syaitan telah menguasainya. Syaitan telah bersarang di dalam hatinya. Sukar bagi manusia menewaskan nafsu syahwat akibat dari godaan keduniaan menyebabkan mereka kerap melakukan perkara yang bersifat zalim terutama kepada diri mereka sendiri.
Bolehkan manusia biasa seperti kita menjadi wali Allah?
Jawapannya adalah: Ya. Wali Allah itulah sebenar-benar khalifah di atas muka bumi ini. Setiap manusia dituntut untuk mencapainya. Cuma tahap dan keupayaan berbeza antara sesaorang sesuai dengan bakat yang Allah telah tetapkan. Juga bergantung kepada ketekunan dan kesungguhannya juga berkat doa dari insan yang mengasihinya. Walaubagaimanapun, bagi kes tertentu, ia kelihatan sangat mudah. Tidak mustahil jika Allah menghendakinya.
Bagaimana Caranya?
Ada dua jalan yang pernah ditempuh oleh orang terdahulu.
1. Membersihkan dirinya dari sifat kebinatangan dan kesyaitanan untuk masuk ke wilayah insan..
2. Melakukan ritual dengan bimbingan mursyid secara berperingkat.
Lebih cepat jika dapat lakukan kedua-duanya serentak.
Inilah yang dianjurkan oleh Ustaz Haji Ahmad atau nama lain Tok Mat Janggut. Bagi memudahkan orang ramai berpeluang kembali semula kepada landasan tauhid sepertimana yang diajar oleh Rasulullah saw kepada para sahabatnya, Syeikh kepada Ustaz Haji Ahmad, Syeikh Haji Mahmud iaitu ulama yang diamanahkan oleh syiekhnya Tok Kenali telah mengambil langkah menubuhkan ABJAD.
Kini ABJAD telah di daftarkan secara rasmi sebagai NGO dan juga sebagai pertubuhan seni mempertahankan diri. Bersandar kepada dua sebab ini, ia memudahkan bergerak dan menjalankan aktiviti dakwah kerohanian. Penerangan yang teratur dapat disebarkan dikalangan orang ramai secara selamat dan tidak menyalahi undang-undang.
Tok Mat Janggut
Siapa Dia?
Kenalilah sebelum terlambat kerana masa terlalu suntuk untuk bersedia menghadapi sengketa.
Hamba Allah yang hidup penuh kesederhanaan, mengorbankan kemewahan dunia dan kepentingan dirinya semata-mata berkhidmat untuk Allah.
Penerus Perjuangan Ulama Sufi Melayu
Penjaga Amanat Wasiat Wali Melayu Kelantan, Tok Kenali
Pembimbing Kerohanian Ajaran Rasulullah SAW bersalsilah dari Sultan Aulia
Sentiasa merendah diri dan tawadduk, mesra dengan gelaran Tol Mat Janggut, walaupun mempunyai nama yang sentiasa dimuliakan dan disegani kawan dan lawan iaitu Tuan Haji Ahmad Junaiddin (ust)
Diberitakan kepada Syeikh oleh Syeikhnya iaitu Tok Kenali mengenai rahsia ketuhanan yang dikenali dengan nama Ilmu Syatar yang dikurniakan oleh Allah Ta`ala kepada seluruh alam manusia, bagi melayak manusia seluruhnya menjadi Khalifah.
Sekiranya manusia itu kehendaki, yang dinamakan dengan Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam.
Ilmu ini membezakan dengan Ilmu Nubuwwah dan Ilmu Risalah, kerana Ilmu Nubuwwah itu Allah Ta`ala kurniakan kepada mereka yang berada pada pangkat Nabi-Nabi sahaja begitu juga Ilmu Risalah Allah Ta`ala kurniakan kepda manusia yang berada pada pangkat Rasul-Rasul Alaihimussolatu wassalam sahaja. Manusia-manusia lain itu perlulah mengam-bil contoh daripada mereka sahaja dan menjadikan amalan hidup mereka selama-lamanya. Sedangkan Ilmu Syatar itu ia lah ilmu yang menunjukkan noktah perbezaan di antara hak-hak kehambaan dengan hak-hak ketuhanan.
Maka dengannya dapatlah menunaikan hak-hak kehambaan kepada Allah semata mata. Untuk memilik, memerintah segala isi kandungan langit dan bumi yang dijadikan Allah Ta`ala. Maka hendaklah dimakmur mengikut acuannya sebagai amanah dari Allah Ta`ala akan ilmu, harta, masa seluruhnya dimanfaat untuk menunaikan hak-hak kehambaan kepadanya semata-mata.
Sebarang pertanyaan atau mendapatkan info yang muktamad mengenaiUst Mat, sila hubungi wakil yang berhampiran tempat anda:
JOHOR 012-7756040
MELAKA 019-3752010 / 06-3852693)
N SEMBILAN 012-6282950
SELANGOR 013-2303274 / 03-41079821
WILAYAH PERSEKUTUAN ( BANGI )**
USTAZ HJ AZAHAN BIN ABDUL RAHIM 016-6117179
PERAK ( IPOH ) 019-4224688
KEDAH ( SINTOK ) 017-4878775
KEDAH ( SG. PETANI ) 013-4491183
PERLIS 019-4354428
PULAU PINANG 019-4287878
PAHANG ( KUANTAN ) 019-9235265 / 09-8740433
PAHANG ( PEKAN ) 012-9893463
PAHANG ( KEMAYAN ) 019-9857869
TERENGGANU ( DUNGUN ) 019-9878197
TERENGGANU ( KEMAMAN ) 013-9309355
KELANTAN 013-9221652 / 09-7438775
SARAWAK 013-8249998 / 083-438539
SABAH 013-5444012
** Bandar Baru Bangi
Saya mendapat penerangan awal dari Ust Azahan di Bandar Baru Bangi dan mendapat baiah awal sebelum baiah muktamad dari Ust Mat. Sekarang semua ahli KL bernaung di bawah pentadbiran Ust Azahan (Bangi) termasuk saya. Bimbingan berterusan akan di anjurkan secara mingguan. Kembalilah kepada SYAHADAH yang mutlak dari wakil Rasulullah saw turun temurun. Tiada jalan lain untuk mudah mendapat pertolongan Allah.
Jika ada yang masih ragu, jangan buang masa hubungilah mana-mana no di atas. Nescaya anda akan dibantu memahami keperluan jasmani dan rohani anda dan bagaimana mendapat keberkatan ibadah anda. Bagaimana doa anda akan termakbul dengan mudah dan hati anda akan tenteram sentiasa.
Bagi anak muda, dapatkan persiapan menjadi wira agama menjelang kebangkitan kelak. Persilatan hanyalah sebagai benteng luaran sementara yang paling utama ialah benteng dalaman iaitu TAUHID Lillahi Taala.
Anak muda masih leka dengan hal yang merugikan, sesiapa yang tersedar harus cepat bangun dan mendapatkan talqin seterusnya menjalani ritual termasuk persilatan yang disahkan tidak bertentangan syarak serta diterima oleh Allah swt. Amalan silat yang jauh dari syirik dan makhluk halus. Bersandar Syahadah semata-mata. Jika kita ditakdirkan mati, tergolong di kalangan syahid. Persilatan hanyalah satu opsyenal dan tidak diwajibkan.
Dunia semakin hari semakin kalut dan dijangka akan berlakunya huru hara yang menyeluruh sebelum Imam Mahadi di baiah di sudud kaabah. Pemerintahan Khalifah tidak akan berlaku sehingga terjadinya huru hara, itu memang telah termaklum dari beberapa hadis Rasulullah saw. Ramai yang masih leka dengan dunia yang sementara ini, menyebabkan mereka mudah terjerat fitnah Dajjal.
Anda akan tahu nanti apa itu fitnah Dajjal bila sudah mendapat hidayah, insyaAllah.
Selamat berjuang dan jadilah sebenar-benar khalifah untuk dunia dan akhirat pada saat dunia semakin berkecamuk dibawah pengaruh Dajjal Laknatullah. Semoga berjaya.
p/s
Sekiranya anda berada berhanpiran Putra Jaya, anda boleh hubungi adik saya Mohd Rosdi 019 2869670 untuk bantuan.
Anda juga boleh melayari blog yang di urus oleh orang lama dan juga rakan Ust Mat untuk mendapat hebahan ilmu yang amat bermakna.
http://kubranewszamany.blogspot.com/
Saya petik komen terakhir dari blog beliau yang akan memberi kefahaman yang lebih jelas tuntutan rohani setiap insan:
Salam perkenalan dari saya, izinkan saya untuk bersama sama yang lain untuk menyerikan lagi blog atuk ni.. Alhamdulillah setelah saya mengikuti blog atuk ini dari mula sekitar mei lalu hingga khatam... banyak info info yang menarik dan pencerahan yang atuk berikan... daripada itu hati saya berkobar kobar untuk bertemu dgn Ust Hj Ahmad Che Din tapi tak kesampaian kerana pada masa hendak berjumpa beliau akan ke utara.. tapi Alhamdulillah dari blog ini juga saya mendapat nombor talipon Ust Hj Idris Mahamud.. setelah bertemu janji akhirnya dengan izin Nya saya dapat berbaiah/talqin pada malam Jumaat lalu bersamaan 7 Rejab. Betul atuk cakap Ust Hj Idris mempunyai ilmu yang tinggi kerana hampir 3 jam beliau bercerita... rasanya macam sebentar saja. Terima kasih atuk... Syukur Alhamdulillah ( dan sempat juga saya membeli buku karangan beliau bertajuk "Pemuda Tauhid"..dgn ditulis sekali tarikh ijazahnya...) dari Fauzi Kroh