KEBANGKITAN

Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

Sabda Nabi SAW:

Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahnya.
(Ibnu Majah)



Shuib Bin Salleh
dari: http://akhzaman.blogspot.com


Saya rasa sebahagian pembaca sudah tahu mengenai kisah kebangkitan pemimpin dari timur ini, namun hanya segelintir sahaja yang benar2 tahu mengenai identiti, persediaan dan gerakan sebenar kumpulan tentera alMahdi ini. Mungkin masanya belum sesuai diketengahkan dilaman web yang penuh pengintip ini. Lagipun ia adalah rahsia besar kita, maaf kerana menyembunyikannya. 

Syuib bin Salleh (alMansur) adalah nama samaran sahaja bukan nama sebenar. Terpaksalah dikaji maksud Syuib dan maksud Salleh, supaya dapat sedikit gambaran. Begitu juga Muhammad dan Abdullah (alMahdi).

Walaupun begitu saya paparkan sebahagian dari beberapa hadis yang meriwayatkan nama-nama ganjil ini agar boleh menjadi panduan saudara semua membuat kajian seterusnya.


1. Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibn Majah)

2. Sabda Nabi SAW, "Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."

3. Sabda Nabi SAW, "Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis."

4. Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja." (Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW. "Tiga ratus empat belas orang yang diantaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi".

6. Sabda Nabi SAW "Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur".

7. Sabda Nabi SAW "Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk". Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

8. Sabda Nabi SAW, "Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura' iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullah, bagaimana kami dapat mengenalinya? "Nabi SAW menjawab, "Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya……."

9. Sabda Nabi SAW "Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat)."

10. Sabda Nabi SAW Dari Ibnu Mas"ud RA, katanya, "ketika kami berada di sisi Rasullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi."(Ibnu Majah)



Perang besar akhir zaman


Sehingga hari ini para pengkaji baik yang beragama Islam atau bukan Islam masih buntu dan tidak dapat meneka segala perkhabaran ghaib tersebut. Perang armageddon adalah sebuah cerita yang dipetik dari beberapa riwayat israiliat dan juga dalam kandungan kitab "bible" orang kristian.

Berbagai pendapat mengenainya tetapi yang lebih popular ialah peperangan antara tentera Tuhan (God) menentangNYA, Dajjal (anti-christ). Ini versi bible: Ia berlaku apabila sungai Dajlah telah kering sebagai laluan pasukan "King of the East" (versi Islam: Pemuda Bani Tamim - pembawa Bendera Hitam dan pengikutnya) menyeberanginya menuju ke Pelestin menentang Dajjal.

Bagi umat Islam, hadis junjungan saw sudah cukup banyak menceritakan mengenainya walaupun tidak menyebut "armageddon". Sebahagiannya adalah seperti yang saya sebutkan diatas.

Persoalan mengenai kelumpuhan teknologi seperti yang saudara sebut itu hanyalah salah satu andaian para pengkaji termasuk ahli sains moden. Bagi kaum Muslimin pula ia dipersetujui bagi mennyesuaikan dengan sabda junjungan saw, namun ia bukanlah mutlak. Boleh jadi begitu atau sebaliknya hanyalah satu kiasan sahaja.

Walau apapun, kita sememangnya berada pada fasa terakhir "akhir zaman". Tidak mustahil gelombang pusaran magnatik
hakrawala melumpuhkan sistem gelombang di bumi, atau kesan sinaran radio-aktif dari letupan nuklear. Memandangkan penggunaan sistem eletronik dan dan gelombang dari pengolahan sumber radio aktif telah digunakan secara meluas (hampir kesemua peralatan), seluruh sistem tamaddun manusia yang hebat akan menjadi kaku dan hilang fungsi. Tiada lagi api letrik, tiada lagi air paip apatah lagi jentera perang supersonik. Semua akan lumpuh dan menjadi sejarah.

Nasihat saya, bersedialah hadapi itu semua dengan mendekatkan diri kepada Allah. Berbanyakkah selawat dan tasbih... 



HAKIKAT


Ilmu Hakikat adalah inti kepada segala ilmu Tauhid (mengesakan Allah)sementara tasaauf pula adalah satu kaedah pembersihan diri dari sebarang unsur "tidak benar". Dari sini akan bersinar cahaya keagungan Allah dan membawa kita kepada capaian hajat insan mengenali Tuhannya.

Hakikat adalah "BENAR" atau "HAQ" yakni tiada selain dari ilmu ini akan memperkenalkan Allah kepada kita. Saya memohon maaf kerana tidak dapat membincangkan hal ini di sini kerana ia adalah ilmu berkaitan hal ghaib dan tidak mampu dihurai dengan kata2. Melalui tasawwuf (intisari ilmu fiqah), kita mampu mencapainya dengan izin Allah.

Ilmu jika diamal akan membawa kita kepada pelbagai ujian. Ia merupakan laluan atau jalan memantapkan fahaman dan memperkukuh iman. Jika tiada ujian kefahaman itu menjadi kaku dan jumud. ia hanyalah menjadi "tiori" yang tidak membawa kita ke mana-mana.

Terlalu banyak pintu di alam ghaib yang bakal terbuka dan menggamit kita. Melalui ujian inilah kita akan dapat mengenal pintu-pintu itu dan memilih laluan yang benar untuk teruskan perjalanan. Sebenarnya Allah tidak menguji kita sebaliknya kita sendiri yang memasuki ujian yang Allah telah sediakan.

2) Setiap insan adalah berlainan. Ujian juga sangat berlainan antara satu sama lain. Tidak sama. Bagi A ujian itu amat sukar tetapi tidak bagi B dan begitulah kira-kira kiasnya. Semua ujian adalah berat bagi yang belum laluinya. Setelah melaluinya, ia hanyalah bahan jenaka dan santai. Begitulah cantiknya Ilmu Allah ini.

Setelah melalui sesuatu rintangan dan berjaya pula merentasinya, pastinya hati kita mendapat kepuasan yang berbaur kebahagiaan. Manisnya tidak dapat diceritakan tetapi boleh diibaratkan seperti semasa kita tahu bahawa kita mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Rasa seakan begitu... terlalu bahagia. Dalam perjalanan Ilmu Allah ini ia akan berterusan sampai akhir hayat rasa bahagia itu. Jangan takut kepada ujian, Allah akan bersama kita yang sedang "mencari" Nya.

Semakin "tulin" guru itu, semakin "mursyid" guru itu maka ia semakin tersembunyi. Tidak dikenali kecuali "ahli"nya. Mohonlah pada Allah dengan sepenuh hati dan sekuat ikhlas... nescaya ada cahaya.

3) Hakikat adalah HAQ Allah Subhana Wa Taala. Tidak untuk dipelajari tetapi perlu di "TUNTUT". Ilmu tauhid yang suci murni. Sesiapa yang telah mendapat NUR ini tidak akan "kafir" lagi dan hidup dalam keimanan sejati. Walau hanya dengan niat ingin mencarinya merupakan satu "ibadah" dan akan mendapat rahmat walaupun belum menemui sumbernya. 





ISLAM akhir zaman (sekarang)


Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Kerana ada dua penyakit iaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati".

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam baraapi”. (Riwayat Tirmizi)

hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:
"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal." (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)


Imam Mahdi

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda: “Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud , “Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah syed (sayyid) sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan hasil darinya. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di Baitul Maqdis”.Hadith riwayat At-Tabarani.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)

Telah bersabda Rasullah s.a.w, "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah).

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)


Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerangkan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim

Rasulullah saw bersabda: “Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahadi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa".

Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam Suyuti

Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam, “Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah syed sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”

Sabda Rasulullah saw ”Akan terjadi perselisihan (kekacauan) setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari ahli Madinah mencari perlindungan menuju ke Mekkah, lalu lelaki itu didatangi oleh sekumpulan manusia dari ahli Mekkah, maka mereka membai’at paksa lelaki itu di antara Rukun dan Makam Ibrahim padahal ia tidak suka dengan hal itu, kemudian suatu pasukan diutus dari ahli Syam (untuk menangkap orang-orang yang berbai’at itu), maka mereka dibenamkan ke dalam bumi di suatu tempat bernama Al-Baida antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud)



Manusia Yakjuj dan Makjuj
http://akhzam.blogspot.com/



999 dari 1000 anak cucu Adam adalah ahli neraka. 999 dari seluruh manusia adalah Yakjud dan Makjud. Jadi manusia (makhluk) Yakjud dan Makjud itu nisbahnya 99.9 peratus penduduk dunia ini. 

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.”

… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?”

Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)



Kafir - Terlindung dari kebenaran
Syirik - Mengambil 'yang lain' sebagai tuhan selain Allah (termasuk nafsu).
Munafik - Menipu. Berbohong dan Khianat.

Selain dari Mukminin (sejati), manusia itu adalah Yakjud dan Makjud bermakna  999 dari kalangan manusia itu adalah AHLI NERAKA kerana setiap Yakjud dan Makjud akan menjadi penghuni neraka.  Adakah kita tergulung dalam kalangan Yakjud dan Makjud ini?  Yakjud dan Makjud itu sememangnya manusia dari bani Adam.
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya Riwayat Hadith At-Tarmizi
Al Mahadi adalah tokoh yang kemunculannya akan melengkapkan tanda besar kiamat.
Sabda Rasulullah SAW:  "Belum lagi terjadi kiamat sehingga bumi ini dipenuhi kezaliman dan permusuhan. Kemudian lahirlah daripada keturunanku atau keluargaku orang yang memenuhi dunia dengan keadilan dan kedamaian. Dunia dipenuhi keadilan seperti dipenuhi kezaliman dan permusuhan sebelumnya." (Riwayat Ahmad).
Sebelum kedatangan al Mahdi akan berlaku Kezaliman dan Permusuhan di kalangan manusia.  Hilangnya keadilan dan kedamaian dan terjadi huru hara.  Manusia menjadi keliru dan tidak dapat pastikan mana yang baik dan mana yang buruk. Penuh perasangka, tuduh menuduh dan saling salah menyalahkan terhadap sesuatu kejadian buruk.
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
Seronok Keterlaluan
Hidup Mewah
Mengumpul Harta
Menipu
Marah Memarahi
Saling Menghasut
Zalim Mezalimi


Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat. Dunia Islam pula dilanda krisis rohani yang sangat meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu.

Mereka menggunakan segala macam cara (halalkan cara) seperti penipuan, khianat dan pelbagai helah. Hilanglah nilai-nilai mulia: akhlak, kesopanan dan kesusilaan dan yang wujud hanyalah kecurangan, pengkhianatan, hasutan dan berbagai kegilaan manusia jahiliah. Marilah kita merenung maksud hadis tersebut dan kita muhasabah diri.

Muncul makhluk kejam digelar Dajjal dan dengan pelbagai kekuatan sihirnya, dia mengaku sebagai Tuhan. Lalu di bawah pengaruhnya, ramai manusia syirik dan terlalu jauh meninggalkan petunjuk agama. Ajaran Allah SWT diingkari secara terang-terangan, solat dan zakat diabaikan, arak menjadi minuman kegemaran, zina dan pembunuhan pula menjadi satu keseronokan.

KAIMAT, DAJJAL dan ....

Rasulullah melihat kami ketika kami tengah berbincang-bincang. Beliau berkata: “Apa yang kalian perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang-bincang tentang hari kiamat.” Beliau berkata: “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian lihat sebelumnya sepuluh tanda.” Beliau menyebutkan: “Dukhan (asap), Dajjal, Daabbah, terbitnya matahari dari barat, turunnya ‘Isa ‘alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, dan tiga khusuf (dibenamkan ke dalam bumi) di timur, di barat, dan di jazirah Arab, yang terakhir adalah api yang keluar dari Yaman mengusir (menggiring) mereka ke tempat berkumpulnya mereka.” (HR. Muslim no. 2901)

Blog Indonesia

http://dzulqarnaindanyajujmajuj.blogspot.com/

Ya`juj dan Ma`juj merupakan anak keturunan Nabi Adam ‘alaihissalam (manusia). Dalil yang menunjukkan mereka dari anak cucu Adam adalah hadits yang diriwayatkan Al-Imam Al-Bukhari rahimahullahu dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Adam.” Adam menjawab: “Aku sambut panggilan-Mu dan dengan bahagia aku penuhi perintah-Mu, segala kebaikan berada di tangan-Mu. Kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Keluarkanlah utusan (penghuni) neraka.” Adam bertanya, “Apa utusan (penghuni) neraka itu?” Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dari setiap 1.000 orang ada 999 orang.” Maka, ketika itu anak-anak kecil rambutnya beruban, yang hamil melahirkan kandungannya, dan kamu lihat manusia mabuk padahal mereka tidak mabuk, akan tetapi karena adzab Allah Subhanahu wa Ta’ala yang teramat keras. Para shahabat bertanya, “Siapa satu yang selamat dari kita itu, wahai Rasulullah?” Beliau jawab, “Bergembiralah, karena kamu hanya seorang sedang dari kalangan Ya`juj dan Ma`juj seribu orang.” (Shahih Al-Bukhari, Kitab Al-Anbiya` Bab Qishshah Ya`juj wa Ma`juj)

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah bersabda:
“Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga kaum muslimin memerangi bangsa Turk, yaitu kaum dimana wajah-wajah mereka seperti tameng yang dilapisi kulit, mereka memakai (pakaian) yang terbuat dari bulu dan berjalan (dengan sandal) yang terbuat dari bulu.”(4)

Wajah seperti tameng yang dipakaikan padanya kulit adalah pengibaratan karena muka yang membundar lebar dan menonjolnya pipi bagian atas.(5)


http://chinggiskhanfound.com/images/Mongol%20Empire%20Map.jpg


Juga diriwayatkan dari hadits Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Akan terbuka (dinding) Ya`juj dan Ma`juj sehingga mereka keluar sebagaimana yang difirmankan Allah ‘dari setiap ketinggian mereka bergerak dengan cepat’. Lalu mereka menguasai bumi. Dan kaum muslimin menjauhi mereka sehingga tinggallah kaum muslimin di kampung dan benteng-benteng mereka, lalu mereka kumpulkan hewan-hewan ternak bersama mereka. Sehingga tatkala mereka (Ya`juj dan Ma`juj) lewat di sebuah danau Mereka pun meminum (air) nya hingga tidak menyisakan sedikitpun. Maka orang yang terakhir dari mereka melewati bekasnya, lalu salah seorang dari mereka berkata: ‘Di tempat ini tadi ada air.’ Lalu merekapun mengalahkan penduduk bumi, lalu salah seorang dari mereka berkata: ‘Mereka ini penduduk bumi, kita telah selesai dari mereka. Maka kita akan mengalahkan penghuni langit.’ Sampai salah seorang dari mereka ada yang melemparkan tombaknya1 ke langit lalu kembali dalam keadaan berlumuran darah, lalu mereka berkata: “Kami telah membunuh penghuni langit.” Di saat mereka dalam keadaan demikian, seketika Allah Subhanahu wa Ta’ala mengirim binatang-binatang seperti ulat, lalu menyerang leher (tengkuk) mereka. Mereka pun mati seperti matinya belalang, saling bertumpuk satu dengan yang lain. Sehingga kaum muslimin pun tidak mendengar lagi tentang perbuatan mereka. Lalu mereka mengatakan: ‘Siapakah orang yang mau mengorbankan dirinya untuk melihat apa yang mereka lakukan?’ Salah seorang dari mereka lalu keluar dengan siap merelakan dirinya untuk dibunuh oleh Ya`juj dan Ma`juj. Ternyata dia mendapati mereka (Ya`juj dan Ma`juj) sudah menjadi bangkai. Diapun berseru: ‘Bergembiralah, telah binasa musuh kalian.’Manusia pun keluar lalu melepaskan hewan ternak mereka. Maka merekapun tidak mempunyai makanan kecuali daging-daging mereka (Ya`juj dan Ma`juj), sehingga menjadikan mereka gemuk seperti gemuk yang paling sempurna dari tumbuhan yang pernah ia makan.” (HR. Ibnu Majah no. 4079. Dishahihkan Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Ibnu Majah)

Hadits Riwayat Muslim: ”Tumbuhlah buah-buahanmu dan kembalikanlah berkahmu.” Maka pada hari itu serombongan orang memakan buah delima dan berteduh dengan kelopaknya, juga diberkahi air susu seekor unta yang cukup untuk serombongan orang, air susu seekor sapi cukup untuk satu keluarga. Ketika mereka dalam keadaan demikian, Allah mengirim angin yang harum yang tertiup dibawah ketiak mereka, lalu mencabut setiap nyawa orang mukmin dan muslim, dan yang tersisa adalah orang-orang jahat yang melakukan persetubuhan seperti keledai (bersetubuh di depan umum tanpa rasa malu), maka pada masa mereka itulah terjadi kiamat(orang2 kafir saja yang tertinggal di bumi, sejelek2 makhluk adalah yang menjumpai kiamat dalam keadaan hidup).