Selasa, 14 Jun 2011

Tok Mat Janggut

 Siapa Dia? 

Kenalilah sebelum terlambat kerana masa terlalu suntuk untuk bersedia menghadapi sengketa.

Hamba Allah yang hidup penuh kesederhanaan, mengorbankan kemewahan dunia dan kepentingan dirinya semata-mata berkhidmat untuk Allah.

Penerus Perjuangan Ulama Sufi Melayu

Penjaga Amanat Wasiat Wali Melayu Kelantan, Tok Kenali 

Pembimbing Kerohanian Ajaran Rasulullah SAW bersalsilah dari Sultan Aulia

Sentiasa merendah diri dan tawadduk, mesra dengan gelaran Tol Mat Janggut, walaupun mempunyai nama yang sentiasa dimuliakan dan disegani kawan dan lawan iaitu Tuan Haji Ahmad Junaiddin  (ust)


ALALAMAH HJ AHMAD JUNAIDIN    [TUN TRWS-16]MYU CNA MMK786



Diberitakan kepada Syeikh oleh Syeikhnya iaitu Tok Kenali mengenai rahsia ketuhanan yang dikenali dengan nama Ilmu Syatar yang dikurniakan oleh Allah Ta`ala kepada seluruh alam manusia, bagi melayak manusia seluruhnya menjadi Khalifah.

Sekiranya manusia itu kehendaki, yang dinamakan dengan Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam.

Ilmu ini membezakan dengan Ilmu Nubuwwah dan Ilmu Risalah, kerana Ilmu Nubuwwah itu Allah Ta`ala kurniakan kepada mereka yang berada pada pangkat Nabi-Nabi sahaja begitu juga Ilmu Risalah Allah Ta`ala kurniakan kepda manusia yang berada pada pangkat Rasul-Rasul Alaihimussolatu wassalam sahaja. Manusia-manusia lain itu perlulah mengam-bil contoh daripada mereka sahaja dan menjadikan amalan hidup mereka selama-lamanya. Sedangkan Ilmu Syatar itu ia lah ilmu yang menunjukkan noktah perbezaan di antara hak-hak kehambaan dengan hak-hak ketuhanan.

Maka dengannya dapatlah menunaikan hak-hak kehambaan kepada Allah semata mata. Untuk memilik, memerintah segala isi kandungan langit dan bumi yang dijadikan Allah Ta`ala. Maka hendaklah dimakmur mengikut acuannya sebagai amanah dari Allah Ta`ala akan ilmu, harta, masa seluruhnya dimanfaat untuk menunaikan hak-hak kehambaan kepadanya semata-mata.

Sebarang pertanyaan atau mendapatkan info yang muktamad mengenai Ust Mat, sila hubungi wakil yang berhampiran tempat anda:

JOHOR 012-7756040

MELAKA 019-3752010 / 06-3852693)

N SEMBILAN  012-6282950

SELANGOR   013-2303274 / 03-41079821

WILAYAH PERSEKUTUAN ( BANGI )**
USTAZ HJ AZAHAN BIN ABDUL RAHIM  016-6117179

PERAK ( IPOH )  019-4224688

KEDAH ( SINTOK ) 017-4878775 

KEDAH ( SG. PETANI )  013-4491183

PERLIS  019-4354428

PULAU PINANG 019-4287878

PAHANG ( KUANTAN )  019-9235265 / 09-8740433

PAHANG ( PEKAN ) 012-9893463

PAHANG ( KEMAYAN )  019-9857869

TERENGGANU ( DUNGUN )  019-9878197

TERENGGANU ( KEMAMAN )   013-9309355

KELANTAN  013-9221652 / 09-7438775

SARAWAK  013-8249998 / 083-438539

SABAH  013-5444012

** Bandar Baru Bangi
Saya mendapat penerangan awal dari Ust Azahan di Bandar Baru Bangi dan mendapat baiah awal sebelum baiah muktamad dari Ust Mat. Sekarang semua ahli KL bernaung di bawah pentadbiran Ust Azahan (Bangi) termasuk saya. Bimbingan berterusan akan di anjurkan secara mingguan. Kembalilah kepada SYAHADAH yang mutlak dari wakil Rasulullah saw turun temurun. Tiada jalan lain untuk mudah mendapat pertolongan Allah.

Jika ada yang masih ragu, jangan buang masa hubungilah mana-mana no di atas. Nescaya anda akan dibantu memahami keperluan jasmani dan rohani anda dan bagaimana mendapat keberkatan ibadah anda. Bagaimana doa anda akan termakbul dengan mudah dan hati anda akan tenteram sentiasa.

Bagi anak muda, dapatkan persiapan menjadi wira agama menjelang kebangkitan kelak. Persilatan hanyalah sebagai benteng luaran sementara yang paling utama ialah benteng dalaman iaitu TAUHID Lillahi Taala.

Anak muda masih leka dengan hal yang merugikan, sesiapa yang tersedar harus cepat bangun dan mendapatkan talqin seterusnya menjalani ritual termasuk persilatan yang disahkan tidak bertentangan syarak serta diterima oleh Allah swt. Amalan silat yang jauh dari syirik dan makhluk halus. Bersandar Syahadah semata-mata. Jika kita ditakdirkan mati, tergolong di kalangan syahid. Persilatan hanyalah satu opsyenal dan tidak diwajibkan.

Dunia semakin hari semakin kalut dan dijangka akan berlakunya huru hara yang menyeluruh sebelum Imam Mahadi di baiah di sudud kaabah. Pemerintahan Khalifah tidak akan berlaku sehingga terjadinya huru hara, itu memang telah termaklum dari beberapa hadis Rasulullah saw. Ramai yang masih leka dengan dunia yang sementara ini, menyebabkan mereka mudah terjerat fitnah Dajjal.

Anda akan tahu nanti apa itu fitnah Dajjal bila sudah mendapat hidayah, insyaAllah.

Selamat berjuang dan jadilah sebenar-benar khalifah untuk dunia dan akhirat pada saat dunia semakin berkecamuk dibawah pengaruh Dajjal Laknatullah. Semoga berjaya.

p/s 
Sekiranya anda berada berhanpiran Putra Jaya, anda boleh hubungi adik saya Mohd Rosdi 019 2869670 untuk bantuan.
Anda juga boleh melayari blog yang di urus oleh orang lama dan juga rakan Ust Mat untuk mendapat hebahan ilmu yang amat bermakna.  
http://kubranewszamany.blogspot.com/


Saya petik komen terakhir dari blog beliau yang akan memberi kefahaman yang lebih jelas tuntutan rohani setiap insan:


Salam perkenalan dari saya, izinkan saya untuk bersama sama yang lain untuk menyerikan lagi blog atuk ni.. Alhamdulillah setelah saya mengikuti blog atuk ini dari mula sekitar mei lalu hingga khatam... banyak info info yang menarik dan pencerahan yang atuk berikan... daripada itu hati saya berkobar kobar untuk bertemu dgn Ust Hj Ahmad Che Din tapi tak kesampaian kerana pada masa hendak berjumpa beliau akan ke utara.. tapi Alhamdulillah dari blog ini juga saya mendapat nombor talipon Ust Hj Idris Mahamud.. setelah bertemu janji akhirnya dengan izin Nya saya dapat berbaiah/talqin pada malam Jumaat lalu bersamaan 7 Rejab. Betul atuk cakap Ust Hj Idris mempunyai ilmu yang tinggi kerana hampir 3 jam beliau bercerita... rasanya macam sebentar saja. Terima kasih atuk... Syukur Alhamdulillah ( dan sempat juga saya membeli buku karangan beliau bertajuk "Pemuda Tauhid"..dgn ditulis sekali tarikh ijazahnya...)   dari Fauzi Kroh



Salsilah Sanad dari Baginda Rasulullah SAW
kepada Saidina Ali (karamallahuwajhah) dan Saidatina Fatimah (ra)
Diturunkan kepada anakanda baginda Saidina Hassan dan Saidina Hussein
Diturunkan berterusan hingga kepada Sultanul Aulia Sheikh AbdulQadir alJilani QS

..... berterusan sehinggalah kepada Syeikh Yusuf (Tok Kenali) 
      diturunkan kepada Sheikh Mahmud.Nasri    

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Dari Sheikh Mahmud Nasri diturunkan kepada Tuan Haji Ahmad

bersama gurunya


Makluman no telefon Ust Idris
(Ybhg Tuan Guru Ustaz Haji Idris Hj. Mahmud Nasri Osmani, TYDP
atau Ustaz Zainuddin Othman, S/U Agung)

Biro Tarbiyyah, Kepemimpinan dan Pendidikan
No. 35, Tingkat Atas, Persiaran Seroja 1/1
Bandar Aman Jaya 08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
Tel : 04-4416502/44475007  Faks : 04-441-6502

013-4491183

39 ulasan:

  1. salam

    macamana kita boleh berjumpa ngan ust mat janggut nih..tq

    Amirul Ishaq

    BalasPadam
  2. Salam saudara amirul,

    Saya telah baiah dengan Ust ini. Ustaz Mat adalah seorang guru bertaraf maha guru tetapi tidak pernah mengaku guru... Jika mahu berjumpa dengan beliau agak sukar kerana dia tidak berada di satu2 tempat dan sentiasa bergerak. Boleh saya tahu di mana saudara berada? Saya akan cuba beri info bagaimana saudara boleh menghubungi orang kepercayaannya, biasanya orang kanan dipanggil "badal" membantu ahli di setiap negeri. Beliau akan atur cara menemui ustaz ini berhadapan nanti. InsyaAllah

    BalasPadam
  3. Saya dah update post ni, harap dapat memberi menfaat kepada semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum,

      maaf,hanya sekadar ingin bertanya...
      siapakah tok mat janggut ni? dan fahaman apakah yang di bawanya?
      saya ada semak dengan e-fatwa dan menyatakan fahaman tok mat janggut ni di fatwakan sebagai sesat.
      boleh tuan jelaskan?

      maaf,jika persoalan ini agak tidak sopan.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. Asalamualaikum sahabatku abatasa...

    Sangat manerik, sampai kwn terpanggil utk memberi komen. Nampaknya tuan hamba telah masuk dalam ketenggah2 gelanggang abjad. Alhamdullillah sungguh memberangsangkan, sama2lah kita berjuang dibaris hadapan memberi penjelasan kepada umum yg tidak lagi mengatahui akan pekara ini. Insyaallah usha murni tuan hamba akan berterusan sampai bila2. syabas..


    sekian

    atok zamany

    BalasPadam
  5. semoga ajaran yang dibawa adalah benar bukan dalam kesetan demi kemewahan dunia.

    BalasPadam
  6. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Adakah ABJAD ini pernah dikeluarkan di dlm majalah atau akhbar?

    BalasPadam
  7. mukminblog.blogspot.com

    BalasPadam
  8. WALI ALLAH SWT
    Amalan percaya allah..baru jadi manusia
    perkataan PERCAYA ALLAH, dimana amalannya? sebut percaya tetapi nak diamalkan percaya itu bagai mana? adakah 10 minit percaya (ketika solat), lagi 23 jam 50 minit tidak percaya (LALAI).. maka yang lalai ini lah yg akan dipersoalkan...sedangkan haiwan dan tumbuhan tidak pernah lalai dari percaya allah.


    jangan berilmu sekadar percaya, carilah dimana amalan percaya itu...sehingga mendapat pengesahannya. Dah dapat pengesahan itu barulah dinamakan syahadah. (baru sah rukun islam pertama)

    kalau sekadar percaya allah, samalah dengan lembu kerbau kambin..manusia itu ada percaya dan ada amalan percaya(AMANAH).. tak buat amanah, maka tak jadilah manusia.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum semua teman seperjuangan,alhamdulillah ya allah...segala MAHA bagimu ya allah...sekarang bukan zaman utk berbahas..kerna sejak dulu parax sahabat..pendita..aulia..imam sudah berbahas utk menjadikn islam itu indah..ini zaman utk beramal..yg penting hati yg tetap mengenggam iman islam dan ihsan..biar pedang dileher..allah tetap satu..tiada yg lain selainNya..

    BalasPadam
  10. Saya MENJADI ANDA SEMUA PADA HALAMAN INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, Aa wanita, ibu, saudara perempuan dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGELUARAN ESTATE REAL dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tiada siapa yang mahu meminjam wang untuk melengkapkan projek komersial kami telah dalam pembinaan beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang mendakwa sejumlah besar wang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik-baiknya dan membantu, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak untuk menanggung dan saya kehilangan semua harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA GANTI PELANGGAN GLOBAL syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang sebenarnya memberi saya harapan dan memberitahu saya tidak bimbang bahawa syarikat itu akan meminjamkan saya wang, walaupun jumlah yang saya perlukan adalah besar, dan saya dapat memberi mereka keperluan yang ada beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya pergi melalui semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan wang yang saya minta selepas telah mengesahkan saya layak untuk pinjaman, saya diminta menunggu, untuk mengejutkan saya yang paling besar pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya melakukannya dengan baik, ini menjadikan kehidupan saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA JUTA PELAYAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI AKU
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    BalasPadam