Sabtu, 25 Jun 2011

sekadar ingatkan



Allah swt berfirman didalam surah al-Kahfi ayat 47 yang mafhumnya :

"Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka ".

Pengusiran dan pengumpulan manusia untuk menuju ke syurga dan ke neraka, Allah swt telah berfirman didalam surah Maryam ayat 85, yang mafhumnya :

" Pada hari (kiamat) Kami himpunkan orang-orang yang taqwa kepada Yang Mahapengasih sebagai perutusan ".

Mereka menaiki unta dari syurga, ada pula yang mengatakan mereka menaiki amal-amal soleh mereka. Terdapat beberapa riwayat hadis yang menerangkan akan pekara itu. Di antaranya ialah hadis yang dirawayatkan oleh Nu'man bin Sa'ad dari Ali dari Nabi saw tentang firman Allah didalam surah Maryam ayat 85 iaitu "Pada hari (kiamat) Kami himpunkan orang-orang taqwa kepada Yang Mahapengasih sebagai perutusan ". 

Lalu Baginda bersabda

"Mereka dikumpulkan bukan dengan berjalan kaki sendiri, dan bukan dengan cara diiring dan dipaksa oleh malaikat. Tetapi mereka naik unta syurga yang belum pernah dilihat oleh seluruh makhluk. Perlananya (tempat duduk) diperbuat dari emas dan tali kendalinya diperbuat dari zamrud. Mereka duduk di atasnya dengan nyaman hingga sampai di hadapan pintu syurga ".

Alasan kenapa orang-orang yang bertaqwa disebut sebagai perutusan yang terhormat, adalah kerana mereka mendahului manusia yang lain di dalam memenuhi perintah Allah swt ke syurga. Mereka berjalan tersangat cepat lalu disambut oleh Malaikat dengan berita-berita gembira. 

Allah telah berfirman didalam surah al-Anbiyaa' ayat 103, mafhumnya :

"Mereka tiada berdukacita oleh kegemparan yang amat besar (bunyi suara yang menghalau manusia ke dalam neraka ) dan mereka disambut oleh Malaikat (katanya); Inilah hari kamu yang telah dijanjikan kepadamu ".

Mendengar kata-kata Malaikat itu, mereka bertambah bersemangat melangkah dengan pantas supaya mereka lebih cepat sampai ke hadrat Allah swt. Maka merekalah yang terlebih dahulu sampai daripada yang lainnya. Ini adalah kerana mereka sewaktu di dunia merekalah yang paling cepat melaksanakan ketaatan dan amal kebajikan ke hadrat Allah swt. 

Ada pun nasib orang-orang yang zalim juga telah difirmankan didalam surah-surah seperti surah Maryam ayat 86, surah Thaaha ayat 102, surah al-Israa' ayat 97 dan surah al-Furqaan 34 , yang mafhumnya :

"Dan Kami halaukan orang-orang yang berdosa ke dalam neraka dalam kehausan ". (Maryam 86)

"... dan Kami himpunkan orang-orang yang berdosa pada hari itu dalam keadaan buta (biru matanya ) ". (Taaha 102 ).

"....Kami himpunkan mereka pada hari kiamat, (diseret) atas mukanya, sedang mereka buta, bisu dan pekak. Tempat mereka dalam neraka jahanam. Tiap-tiap kurang nyala apinya, lalu Kami tambah sampai menyala-nyala ". (al-Israa' 97 ).

"Orang-orang yang dikumpulkan (diseret) atas mukanya ke dalam neraka, adalah mereka itu ditempat yang terlebih jahat dan jalan yang terlebih sesat ".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, orang-orang itu dikumpulkan dengan cara diseretkan mukanya, apakah orang kafir juga demikian ? ". Rasulullah kemudian bertanya," Bukankah Tuhan yang memperjalankan mereka dengan menggunakan sepasang kaki, maka juga boleh memperjalankannya dengan memakai wajahnya (muka) pada hari kiamat nanti ? ". Ketika mendengar persoalan yang diucapkan Baginda itu, Qatadah menjawab sendiri (didalam hatinya), "Demi Allah, tentu saja Allah Mahaberkuasa lagi Mahakuat ". Hadis ini juga dirawayatkan oleh Bukhari.


PENGAJARAN DARI HADIS - HADIS INI :
Abu Hamid mengatakan " Telah menjadi tabiat manusia tidak mempercayai pada pekara-pekara yang mereka belum pernah saksikan. Seandainya seseorang belum pernah melihat seekor ular yang boleh berjalan dengan menggunakan perutnya, sudah tentu mereka tidak mempercayainya. Sebab, berdasarkan pengalaman yang diketahuinya, berjalan itu mesti menggunakan sepasang kaki. Bahkan, seandainya mereka belum pernah melihat orang berjalan dengan menggunakan kaki, boleh jadi juga mereka tidak mempercayainya.

Oleh sebab itu, janganlah kamu memungkiri keajaiban- keajaiban yang akan berlaku pada hari kiamat kelak hanya kerana ia bertentangan dengan logik akal. Seandainya kamu belum pernah menyaksikan keajaiban-keajaiban dunia, lalu kamu diperlihatkan, mungkin kamu juga tidak mempercayainya. Bayangkanlah diri kamu diakhirat nanti. Kamu akan berdiri dihadrat Allah swt dalam keadaan terlanjang bulat, hina, kebingungan, terpegun sambil menunggu keputusan Allah terhadap dirimu ; Adakah kamu termasuk didalam golongan yang bahagia atau orang yang celaka ".



Panduan Berguna

Untuk keluar dari masaalah 3 dosa besar iaitu Arak, Judi dan Perampuan, orang yang punya diri itulah sepatutnya sedar dan memohon ampun daripada Allah dengan melakukan taubat nasuha. Kalau dia tidak mahu, susahlah ! Tapi satu keadah yang diperturun oleh Pak Kiyai atok Zamany dulu ialah dengan rajin bangun 1/3 malam dan buat solat sunat taubat dan hajat. Selepas solat sunat tu baca surah al-Fatihah 40x dan disedekahkan kepada bapanya itu. Buatlah selama 40 hari berturut2, Insyaallah mustajab...

petikan dari http://kubranewszamany.blogspot.com/

3 ulasan:

  1. maklumat yang sangat berguna akan saya sebarkan.

    http://orderbookonline.blogspot.com/2011/08/membongkar-kesesatan-black-metal.html

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum WBT...mohon share artikel '25 objektif illuminati' ke blog saya @ tekok beriuh artikel akan dikreditkan sepenuhnya ke blog ini.semoga dapat dimmanfaatkn oleh umat Islam yg lain..Salam

    BalasPadam
  3. silakan saudara, semoga bermenfaat

    BalasPadam