Selasa, 2 Februari 2010

MJ mangsa pembohongan

Seperti lazimnya, sesaorang itu terpaksa dihapuskan bila ia menggugat perancangan "kuasa hitam" yang amat berkuasa disebelakang tabir gelap, The Hidden Hand.  Adalah semakin jelas Barrack Obama yang berpura-pura bersahabat dengan masyarakat Islam itu juga telah menyertai program rahsia THH.  Siapakah pemimpim dunia akan terlepas dari cengkaman mereka?  Jawapannya ialah "TIADA".

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelik, kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, kenapa dia bersungguh-sungguh berlatih selama 2 bulan untuk konsert? Suatu keganjilan seolah ingin menyembunyikan sesuatu.

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awam (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.


Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang kita tonton dalam TV. Keranda MJ ditutup dan tak dibuka sebab mayatnya tak ada dalamnya. Ini semua dilakukan semata-mata nak memberitahu dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam. Pakatan CIA dan Illuminati amat licik dan zalim.



Sumber: (Sheikh Ha**d)
 The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain
Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com

Bayangkan jika MJ sempat memberitahu dunia bahawa dia gembira sebagai Muslim seperti yang dia rancangkan iaitu selepas konsertnya yang terakhir. 


Keadaan sudah semakin parah, semakin hari semakin tipis kepercayaan dan keyakinan bahawa keadilan akan wujud diatas muka bumi ini. Bilamana semuanya telah rosak, rancangan yang telah siap diataur oleh Yang Berkuasa Mutlak menamatkan seluruh pentas dunia akan dilaksanakan.  Sangkakala akan bersenandung, tirai akan ditutup. Masihkan ada yang bercita-cita menyanyi riang dikala tanda-tanda penamatan khidmat sudah
terang dan nyata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan