Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mei 2011

Tiada Harapan

BERPUTUS ASA LAH DENGAN DUNIA
Ramai yang tidak percaya Yakjuj dan Makjuj telah keluar. Masih menunggu hingga Nabi Isa as turun baru nak bersiap sedia melawan Yakjuj dan Makjuj. Dajjal juga telah pun tonjolkan diri melalui kuasanya walaupun jasadnya belum muncul.

Saya percaya ada khilaf hadis yang memberitahu hal berkenaan Yakjuj Makjuj hanya keluar selepas Dajjal dibunuh. Ramai mengatakan ia adalah israiliat. Ia bercanggah dengan lain-lain hadis mengenai Yakjuj dan Makjuj.


Apa yang berlaku sekarang amat jelas bangsa ganas tersebut ialah Zeo-Christ, berasal dari Eropah. Tunggu pula bangsa ganas lagi satu yang sedang memerhatikan sandiwara ini, Russia dan China. Yakjuj di Barat dan Makjuj di Timur. Berlansunglah huru hara dan kemusnahan hingga hari kiamat.

Dunia dah nak kiamat! Perhatikan sahaja Iran, tempat keluarnya manusia Dajjal, jangan ketinggalan pula! Tak lama lagi muncullah dia dan bakal dimahlotakan sebagai raja dunia.... Di mana Isfahan jika bukan di Iran? Knight Templars sedang aturkan persefahaman dan sekutukan Iran dengan USA. Untuk apa?

Masa berjalan begitu pantas. Kita kena bingkas untuk persiapan peperangan terakhir.  Tiada harapan lagi untuk kemenangan kecuali kembali kepada jalan yang Allah telah tetapkan kecuali jika anda sedang leka bermain dengan dunia yang penuh dusta ini. Lupakan politik kerana ia akan menghancurkan anda. Tidak percaya? Dusta semakin liar, fitnah bagaikan makanan ringan. Syak wasangka dan kata-mengata menjadi hiburan. Lihatlah nanti peristiwa 13 Mei akan berulang. Angka 13 adalah angka hantu bagi kaum Cina dan Kabbalis. Masih tunggu apa lagi? 2013 amat dekat. Kesalan adalah sesuatu yang menyiksa kalbu. Masih mahu berseronok lagi? Sebok nak kahwin 4. Apa lagi kerenah manusia Melayu ini?.

Yakjuj dan Makjuj sedang meratah daging manusia Islam di negara Arab  Syaitan dengan lahap meminum darah Arab dan sekarang ini bersiap merosakkan Melayu pula setelah porak perandakan Afghanistan dan Pakistan. Libya semakin tersepit antara hidup dan mati tidak ada siapa yang tolong. Negara Arab yang kelihatan kaya raya pula hanya berpeluk tubuh malah menyokong Libya diratah. Dia tak tahukah nasibnya juga akan jadi seperti itu satu masa nanti.

Semua pemimpin Islam akan dibunuh dan dimamah macam kuaci. Saddam, dan kini Ghadafi, esok entah siapa pula... Assad? dan lain-lain juga akan mati atas sebab yang dicipta. Israel tersenyum riang melihat gelagat Arab berbunuh sesama sendiri atas alasan yang sangat lemah... DEMOKRASI!

Siapa cipta demokrasi? Adakah Iraq aman selepas tidur dalam kandang babi demokrasi?

Oooo I See ...OIC. tinggal nama sahaja. Islam hanya jadi bahan ketawa kuffar. Tidak merasa malu. Apakan daya semuanya tidak sedar apa yang sebenarnya sedang diatur oleh Yakjuj dan Makjuj ini. Mereka juga tidak pernah ambil peduli siapakah Yakjuj dan Makjuj tersebut kerana gila kuasa dan harta.

Melayu akan selamat sampai kiamat? Tidak!!! Hanya masa sahaja menentukan Malaysia dan Indonesia sedang menanti giliran untuk diratah. Percayalah!

Umat Islam sudah tiada harapan lagi untuk terus hidup harmoni, jadi selamatkanlah diri anda dan keluarga supaya tidak termasuk di kalangan orang yang rugi.

Ahad, 1 Mei 2011

Impak Terroris Ciptaan

 911 dan kesannya terhadap politik  Malaysia


Oleh HARIS ZALKAPLI

Kebenaran, dikatakan menjadi korban pertama perang. Dalam perang yang disebut "memerangi terorisme," kebenaran bukan sahaja menjadi korban, tetapi juga menjadi sasaran utama.



sengaja mengebom negara sendiri untuk membusukkan Islam

Dalam wacana terorisme yang dibina hasil peristiwa serangan pada 11 September, 2001 di Amerika Syarikat, dengan mudah sekali kumpulan-kumpulan Islam dikaitkan dengan terorisme atau kecenderungan untuk bertindak militan, atau mempunyai "Islamist tendency."

Istilah Islamist dibiarkan (atau diharapkan) dimengertikan menurut tafsiran negatif, untuk memenuhi agenda pihak tertentu meletakkan Islam dalam kedudukan defensif dan apologetik.

Wacana akademik dan media berkenaan tajuk gerakan Islam atau political Islam menjadi sangat tertumpu pada isu keselamatan (security centric) dan politik.

Seluruh kehidupan manusia terkesan oleh akibat-akibat daripada reaksi terhadap aksi terorisme 11 September itu, dari yang kecil (seperti had cecair yang boleh dibawa dalam kapal terbang) hingga isu-isu besar global (seperti perkiraan dalam membuat kenyataan isu seperti nuklear).

Dunia, sama ada bersetuju atau tidak, memasuki era pasca-911 atau "age of terror," dengan hampir segala isu perlu dilihat dari perspektif 911, termasuk falsafah dan sumber tenaga Asia Tengah.

Negara-negara kuasa besar mengambil kesempatan daripada wacana antiterorisme untuk menjadikan pembangkang Islamis sebagai mangsa.

Rusia meletakkan pejuang militan Chechnya dan Kaukasus sebagai teroris, China mewarnakan Muslim Uyghur sebagai teroris, malah negara-negara Asia Tengah majoriti Muslim turut mengambil kesempatan sama untuk memangsakan pembangkang.

Di Malaysia, PAS turut menjadi mangsa wacana menyeleweng itu, dan dengan mudah dikait dengan ciri-ciri atau kecenderungan ganas.


Istilah negara Islam, hudud dan sebagainya yang menjadi sebahagian wacana parti Islam itu mula mendapat warna negatif.

Wacana ini hakikatnya sudah lama dipergunakan oleh pemerintah pimpinan Umno terhadap PAS, terutama pada era Umno belum lagi mempunyai kepandaian untuk menggunakan wacana Islam.

Cuma selepas 11 September, 2011, wacananya menjadi lebih sofistikated dan dilihat semakin penting.

Parti-parti bukan Melayu bertindak lebih jauh lagi dengan mengeksploit fahaman salah penyokong mereka mengaitkan parti Islam itu dengan hal-hal negatif berhubung sifat militan.

Hubungan dan kerjasama melibatkan PAS diserang sebagai membina hubungan dengan kumpulan Islam, yang telah dibina imej negatifnya.

DAP sebagai contoh, bertindak pragmatik dalam hal menjalin kerjasama dalam pakatan yang melibatkan PAS, dengan dua kali menarik diri daripada kerjasama politik pembangkang.

Malah, DAP menarik diri daripada Barisan Alternatif, gabungan empat parti pembangkang termasuk PAS tidak lama selepas 11 September, 2001.

DAP telah memanfaatkan wacana antiterorisme untuk dikaitkan dengan PAS, untuk menjarakkan diri daripada parti berasaskan agama itu dan menebus "dosa" kepada penyokongnya, sekaligus melepaskan serangan terakhir untuk memburukkan gabungan yang ditinggalkannya itu.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah dengan agresif mengaitkan Islam (PAS, negara Islam) dengan serangan 11 September, 2001 dalam kempennya pada 2002 itu, selepas perang mulut dengan PAS berhubung isu peranan Islam dalam politik di Malaysia.

DAP telah meletakkan isu 911 sekali dengan 929 (29 September, tarikh perdana menteri ketika itu, Datuk Seri [Tun] Dr Mahathir Mohamad membuat perisytiharan Malaysia sebagai negara Islam) dalam kempen "No to 911, No to 929, Yes to 1957."

Tindakan itu membina atau menguatkan persepsi kaitan Islam dengan terorisme, melalui kenyataan yang meletakkan 911 sekali dengan perisytiharan Malaysia sebagai negara Islam dan tindakan menarik diri daripada pakatan disertai PAS.

Dalam kenyataan itu, pemimpin kanan DAP itu menggesa rakyat Malaysia untuk "say 'no' both to the PAS Islamic State and the Umno Islamic State and to make clear that while Malaysians do not want terrorism or any form of extremism to rear its ugly head in Malaysia.."

Sukar untuk kenyataan itu dibaca tanpa mengaitkan secara tidak langsung negara Islam (dan juga PAS) dengan terorisme.

Secara licik sekali, DAP meletakkan semua tajuk-tajuk itu yang dapat dengan mudah dikaitkan dengan Islam, dalam satu kelompok, menyumbang kepada pembinaan persepsi negative terhadap PAS dan sekaligus Islam.

Hal itu mendedahkan bagaimana wacana terorisme ekoran peristiwa 11 September, 2001 telah dipergunakan untuk kempen politik negatif pihak-pihak berkepentingan, dengan mengambil kesempatan daripada persepsi salah berhubung Islam.

kredit untuk: siasahdaily.blogspot.com